Ekonomi US Kian Pulih, RM Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR: Ringgit rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) semasa awal dagangan pada Khamis selepas Rizab Persekutuan AS (Fed) menunjukkan ekonomi negara maju itu akan terus bertambah baik.

Bagaimanapun, sentimen positif di pasaran bon tempatan telah menyokong ringgit justeru, unit tempatan diniagakan tinggi kebanyakannya berbanding dengan mata wang utama lain semasa dagangan dibuka.

Pada 9.01 pagi, ringgit berada pada 4.1350/1410 berbanding dolar AS daripada 4.1300/1330 ketika ditutup pada Rabu.

Pada Rabu, Fed mengeluarkan minit bagi mesyuarat yang diadakan pada Mac, dengan memaklumkan dasar yang akomodatif telah dilaksanakan.

Ringkasan mesyuarat itu menunjukkan walaupun pegawai mendapati ekonomi sedang berkembang dengan ketara, mereka juga berpandangan kemajuan yang lebih banyak adalah diperlukan sebelum perubahan dasar yang lebih longgar ditetapkan.

Sementara itu, Ketua Pakar Strategi Pasaran Global Axi, Stephen Innes berkata walaupun terdapat dorongan positif dalam pasaran bon tempatan namun ringgit mencari pemangkin baharu.

Beliau berkata, di samping itu, ringgit tidak menentu susulan pergerakan meluas dolar AS dalam negara-negara G-10 selain tekanan daripada harga minyak mentah.

Ringgit tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.0817/0873 daripada 3.0828/0857 ketika ditutup pada Rabu dan rendah berbanding yen kepada 3.7666/7731 daripada 3.7607/7645.

Unit tempatan turut meningkat berbanding pound Britain kepada 5.6798/6885 daripada 5.7072/7122 dan stabil berbanding euro kepada 4.9058/9133 daripada 4.9077/9125.

-BERNAMA

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

Apa Nasib Kami Ramadan Ini, Tiba-Tiba Diarah Pindah – Peniaga

REMBAU - "Saya dan rakan lain berniaga di sini sejak 32 tahun lalu, tiba-tiba kami diarah berpindah. Sukar untuk kami meneruskan hidup," kata peniaga...

Saya Tak Tahu Suami dan Anak Zeti Terima Wang 1MDB – Mahathir

PETALING JAYA - Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak mengetahui berhubung dakwaan bahawa suami dan dua anak bekas gabenor Bank Negara,...

Berita Berkaitan

Tempoh Pegangan Pajakan SMK Convent Bukit Nanas Dilanjutkan 60 Tahun – PMO

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju supaya tempoh pegangan pajakan tapak Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Bukit Nanas di sini, yang akan tamat pada...

Darurat Bolehkan Kerajaan Urus Covid-19 Dengan Baik – Hamzah

PUTRAJAYA - Perisytiharan darurat telah membolehkan pengurusan COVID-19 di Malaysia dijalankan dengan baik antaranya menerusi pindaan beberapa akta khusus bagi membendung penularannya, katanya Menteri...

Kes Covid-19 Meningkat, 2,875 Jangkitan Baru Hari Ini – Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR - Jumlah kes harian COVID-19 di negara ini semakin meningkat dan menghampiri 3,000, apabila 2,875 kes dilaporkan hari ini dengan Kelantan mencatatkan...