SPRM sedia siasat pegawai bocor maklumat – Azalina

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedia menyiasat sebarang dakwaan membabitkan pegawainya yang membocorkan maklumat kepada media atau mana-mana pihak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, berdasarkan rekod SPRM, belum ada laporan polis yang dibuat berhubung perkara berkenaan kerana dakwaan itu adalah terlalu umum.

Katanya, dalam menjalankan sesuatu penyiasatan di SPRM, banyak pihak akan terbabit dalam proses siasatan atas kapasiti sebagai suspek, saksi, pihak mahkamah, peguam dan pemberita ketika proses permohonan reman dibuat.

“Siasatan SPRM di mana-mana premis juga sering menjadi perhatian umum, justeru pihak yang berkenaan ketika penyiasatan berlaku juga mempunyai pengetahuan berkaitan siasatan berkenaan.

“Oleh yang demikian adalah agak sukar untuk mengesahkan atau menuduh mana-mana pihak sebagai terbabit dalam apa-apa pembocoran maklumat berkaitan dengan sesuatu siasatan,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi jawapan bertulis yang disiarkan di portal Dewan Rakyat ketika menjawab soalan Datuk Wan Saifulruddin Wan Jan (PN – Tasek Gelugor)sama ada laporan polis dibuat dan apa tindakan Kerajaan berkaitan kebocoran maklumat kepada media melalui ‘sumber’.

Katanya, pegawai SPRM akan mengawal segala maklumat berkait dengan sesuatu penyiasatan bagi mengelakkan maklumat itu terdedah kepada pihak yang tidak berkaitan dan boleh menjejaskan siasatan yang sedang dijalankan.

“Bagi kes-kes salah laku tidak bersifat jenayah terhadap pegawai SPRM, ia akan dirujuk kepada Jawatankuasa Aduan yang ditubuhkan di bawah seksyen 15 Akta SPRM [Akta 694].

“Bagi kes jenayah yang membabitkan pegawai, ia akan dilaporkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Manakala kes-kes berkaitan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan akan disiasat oleh SPRM kerana ianya adalah di bawah bidang kuasanya,” katanya.

Azalina berkata, dalam hal ini, SPRM memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara profesional, telus dan adil bagi memastikan tiada pihak teraniaya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat