Bekas MB Kedah, Syed Razak meninggal dunia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Syed Razak Syed Zain, 79, meninggal dunia akibat masalah kesihatan di kediaman keluarganya di Sungai Petani pada Rabu.

Menteri Besar Kedah kelapan itu dilaporkan menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 11 pagi tadi, di samping keluarga dan anak cucunya.

Pemangku Ketua Umno Bahagian Kuala Kedah, Dr Zaki Zamani Abd Rashid yang mengesahkan perkara itu berkata, tahap kesihatan Syed Razak mula merosot sejak tiga hari lalu.

“Saya dimaklumkan ahli keluarga Allahyarham bahawa beliau meninggal dunia kira-kira jam 11 pagi tadi akibat masalah kesihatan.

“Bagi pihak UMNO Kuala Kedah, kami merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham yang pernah menjadi Ketua UMNO Bahagian di sini,” katanya lapor BH di Alor Setar.

Syed Razak adalah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubang Rotan yang kemudian menjadi Menteri Besar Kedah bermula 1999 hingga 2005.

Beliau meletak jawatan sebagai Menteri Besar ketika pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, akibat masalah kesihatan dan digantikan bekas Ahli Parlimen Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat