Buat kajian sebelum baik pulih jalan Selancar – Perwira Jaya

- Advertisement -

ROMPIN – Satu kajian perlu dilakukan untuk membaikpulih semula Jalan FELDA Selancar-Perwira Jaya, dekat Muadzam Shah yang terputus akibat banjir baru-baru ini.

Demikian titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika mencemar duli melawat pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Leban Chondong, di sini, hari ini.

Baginda dalam masa yang sama merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pegawai dan anggota agensi terlibat, terutamanya Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berjaya menyiapkan jambatan Bailey untuk laluan berkenaan.

“Saya harap semua pihak dapat menggunakan sebaik mungkin jambatan berkenaan dan mudah-mudahan kemudahan itu sedikit sebanyak memberi keselesaan buat sementara ini.

“Dalam pada itu, saya berharap satu kajian dapat dibuat dan selepas keadaan mengizinkan, jalan terbabit perlu dibina semula seperti sedia kala,” titahnya.

Turut mengiringi baginda adalah Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Dalam kejadian 1 Mac lalu, kira-kira 5,000 penduduk di FELDA Selancar dan Perwira Jaya terputus hubungan selepas jalan masuk ke kawasan itu runtuh dan terputus akibat air deras.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang melawat kawasan itu pada Ahad lalu meluluskan peruntukan segera bagi membina jambatan Bailey di laluan berkenaan.

Jambatan itu siap dibina semalam dan sudah boleh mula digunakan oleh pengguna di kawasan itu.

Dalam perkembangan lain, Al-Sultan Abdullah turut meluahkan rasa sedih dengan kejadian kehilangan nyawa akibat banjir di daerah Rompin dan berharap keluarga mangsa bersabar dengan dugaan dihadapi mereka.

“Saya doakan mangsa dapat ditemui segera selain berharap operasi mencari mangsa dapat diteruskan,” titah baginda merujuk kejadian seorang wanita yang hilang selepas terjatuh dari jambatan gantung di Kampung Aur, Bukit Ibam, pada 3 Mac lalu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat