Masjid, Surau Boleh Rapatkan Saf Solat Bermula 1 April – PM

- Advertisement -

CYBERJAYA – Aktiviti solat berjemaah di masjid dan surau bagi umat Islam serta upacara sembahyang di rumah ibadat untuk bukan Islam, boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal bermula Fasa ‘Peralihan Ke Endemik’ mulai 1 April ini.

Memetik laporan Bernama, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semasa mengumumkan perkara itu hari ini turut menjelaskan pelaksanaan dan prosedur operasi standard (SOP) akhir untuk masjid atau surau tertakluk kepada ketetapan Pihak Berkuasa Agama Negeri masing-masing.

Menurut beliau, isu merapatkan saf ketika solat berjemaah adalah satu isu besar yang sering diperkatakan oleh rakyat yang mahu ibadah dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal.

“Jadi imam lepas ini boleh katakan rapatkan saf kerana kita (kerajaan) tidak lagi menetapkan penjarakan fizikal satu meter.

“Bagaimanapun, oleh kerana Perlembagaan Persekutuan menyatakan perkara berkaitan agama Islam terletak di bawah kuasa Sultan di negeri-negeri, maka walaupun saya sebut tiada lagi penjarakan fizikal (ketika solat), itu adalah cadangan daripada Kerajaan Persekutuan, tetapi penentuan akhir terletak pada kerajaan negeri masing-masing,” katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, bagi upacara sembahyang untuk rumah ibadah selain Islam pula tertakluk kepada Kementerian Perpaduan Negara dan Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (Unifor).

Sepanjang tempoh pandemik Covid-19 di negara ini, solat jemaah di masjid dan surau dilaksanakan dengan penjarakan fizikal satu meter serta pemakaian pelitup muka bagi mengurangkan risiko penularan.

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat