Tiada perubahan, pembaharuan seperti dijanji PKR, Surendran keluar parti

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – “Tidak ada gunanya menjadi ahli parti yang tidak lagi mewakili perubahan dan pembaharuan,” demikian ungkapan N. Surendran sekali gus mengumumkan keputusannya meninggalkan PKR.

Keputusan ahli Parlimen Padang Serai itu meninggalkan PKR kerana mendakwa parti itu tidak lagi mewakili perubahan dan pembaharuan.

Pengumuman pengunduran itu dibuat melalui respons media sosialnya kepada Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil mengingatkan Surendran supaya mengamalkan disiplin parti apabila menyatakan rasa tidak puas hati.

“Fahmi, tak peduli disiplin parti. Saya pun dah lama tak jadi ahli parti yang aktif.

“Saya bertanya tentang pembaharuan yang pernah dijanjikan PKR. Tiada jawapan yang baik untuk itu.

“Tidak ada gunanya menjadi ahli parti yang tidak lagi mewakili perubahan dan pembaharuan.

“Anggap ini sebagai peletakan jawatan saya,” kata Surendran di aplikasi X.

Surendran yang juga peguam itu pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Padang Serai dari 2013 hingga 2018.

Tindakan Surendran itu tercetus selepas bekas naib presiden PKR itu secara terbuka mengkritik pemimpin Pakatan Harapan (PH) kerana berdiam diri dalam siasatan atas dakwaan menghasut terhadap bekas ahli parlimen Damansara, Tony Pua.

Tony Pua disiasat di bawah Akta Hasutan 1948, berhubung catatan Facebooknya yang mengkritik keputusan Lembaga Pengampunan mengurangkan hukuman penjara bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Siasatan hasutan ke atas Pua, namun PH-DAP kebanyakannya senyap… agak memalukan.

“Betapa dalamnya kawan-kawan lama saya telah karam,” tulis Surendran.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat