Malaysia lebih sejahtera, tinggi darjat pada Tahun Naga – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Sempena Tahun Naga, kerajaan akan kerja lebih kuat dan tegap demi memakai cita Malaysia yang lebih sejahtera dan tinggi darjatnya.

Justeru, Perdana Menteri berikrar ekonomi mesti dibangunkan secara saksama, mampan dan berkebajikan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kebejatan (kerosakan) mesti dijauhkan serta perpaduan diperkukuh.

“Tahun Naga, menurut kalendar Cina membawa maksud kekuatan dan karisma, selain sifat kreativiti dan keyakinan.

“Justeru, bagi membangkitkan semangat prinsip-prinsip universal tersebut, kita sebagai rakyat Malaysia mesti teruskan tekad untuk menjadi masyarakat yang unggul dan madani,” kata beliau.

Perdana Menteri mengucapkan, Selamat Tahun Baharu Cina kepada seluruh masyarakat Cina.

“Semoga perayaan tahun baharu pada tahun ini membawa kebahagiaan yang melimpah dan rezeki yang bertambah,” ucapnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat