RTM penyiar rasmi Kejohanan Hoki Tempatan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Radio Televisyen Malaysia (RTM) menjadi rakan penyiar rasmi bagi penganjuran Kejohanan Hoki Tempatan anjuran Konfederasi Hoki Malaysia (KHM).

Bertepatan tagline saluran Sukan RTM iaitu Sukan Untuk Semua, peminat sukan hoki negara bakal disajikan dengan aksi terbaik sepanjang kempen kejohanan hoki anjuran KHM itu.

RTM akan menjadi rakan penyiar rasmi bagi penganjuran kejohanan hoki tempatan. Antaranya, TNB Liga Hoki Malaysia (TNB MHL), Piala Tun Razak dan Liga Hoki Dalam Dewan Malaysia (MIHL).

“Matlamat utama kolaborasi KHM-RTM bagi memainkan peranan RTM dalam menjalankan tanggungjawab sosial selaku stesen televisyen milik kerajaan untuk memberikan siaran secara percuma kepada penonton tempatan.

“Kerjasama antara KHM dan RTM dapat memberikan manfaat kepada pembangunan sukan hoki air,” kata RTM dalam kenyataan dikeluarkan.

Bertepatan tagline Sukan Untuk Semua, peminat sukan hoki bakal disajikan dengan aksi terbaik sepanjang kempen kejohanan hoki anjuran KHM.
Bertepatan tagline Sukan Untuk Semua, peminat sukan hoki bakal disajikan dengan aksi terbaik sepanjang kempen kejohanan hoki anjuran KHM.

 

Bagi kejohanan TNB MHL 2023 yang berlangsung antara esok sehingga 19 Mac depan, RTM akan menyiarkan 30 perlawanan secara langsung menerusi Saluran TV Okey, Saluran Sukan RTM dan secara penstriman langsung menerusi platform RTM Klik.

Untuk rekod, RTM mula membuat liputan secara langsung bagi kejohanan hoki anjuran KHM pada 2020 menerusi Kejohanan Piala Tun Razak.

Sejak itu, kerjasama KHM-RTM semakin kukuh dengan liputan lebih menyeluruh meliputi tiga kejohanan utama KHM iaitu TNB Liga Hoki Malaysia (TNB MHL), Piala Tun Razak dan Liga Hoki Dalam Dewan Malaysia (MIHL).

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat