Lanjutkan PKP, Darurat Sebab Kerajaan Nak Kekal Berkuasa, Derhaka Paling Dahsyat – Najib

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berasa amat sedih dan marah setelah membaca laporan Unicef yang melaporkan ketua isi rumah berdepan kesukaran mengatasi kesan ekonomi Covid-19 berpunca daripada kurangnya peluang pekerjaan dan simpanan kecemasan yang hampir tiada.

Beliau turut membangkitkan persoalan manfaat yang rakyat dapat daripada 27 hari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 separuh masak dilaksanakan setakat ini.

Katanya kes baru Covid-19 masih kekal tinggi begitu juga dengan kes aktif.
“Dibuat pula benda pelik seperti wujudkan laluan hijau dengan negara Indonesia di mana keadaan Covid-19 tidak kurang genting berbanding Malaysia.

“Saya harap spekulasi kerajaan sengaja leka untuk PKP 2.0 ini agar kes Covid-19 tetap tinggi supaya PKP dan darurat boleh dipanjangkan tak benar.

“Sebab ini adalah derhaka paling dahsyat kepada rakyat kerana kesihatan dan kesejahteraan rakyat jangka masa panjang sengaja dikorbankan,” tegas Najib.
Bagaimanapun, secara sarkastik beliau mendesak kerajaan Perikatan Nasional (PN) menyangkal laporan Unicef tersebut.

Laporan terkini Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unicef) yang bertajuk “Keluarga di Pinggiran” melibatkan tinjauan ke atas 500 ketua isi rumah (KIR) mendapati, 63 peratus daripada mereka tidak mampu menampung perbelanjaan harian termasuk membeli barangan dapur dan membayar bil.

Unicef turut melaporkan, pengangguran dalam kalangan ketua isi rumah meningkat dua kali ganda sejak tahun lepas ketika perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) dijalankan.

Kajian mendapati, kadar pengangguran meningkat daripada 7 peratus pada September kepada 15 peratus pada Disember dengan satu daripada tiga orang dewasa isi rumah tidak mempunyai pekerjaan.

Jumlah ini sekali gus, menjadikan kadar kemiskinan dalam kalangan keluarga ini kekal tinggi iaitu pada 42 peratus, di sebalik bantuan kerajaan yang membantu meringankan beban mereka.

Kadar kemiskinan bagi keluarga yang diketuai oleh wanita atau orang kurang upaya (OKU) mencatat jumlah yang tinggi, di mana hampir separuh daripada mereka hidup dalam kedaifan.

Sementara itu, isu kestabilan dan kesihatan mental banyak mempengaruhi ketua isi rumah, dengan wanita dilaporkan lebih cenderung terjejas mengalami tekanan mental dan emosi.

Bimbang gagal menyediakan makanan yang mencukupi untuk keluarga dan kekurangan peluang pekerjaan dilaporkan sebagai penyumbang utama kepada insiden tekanan dalam kalangan wanita, selain daripada kebimbangan terhadap pendidikan anak-anak.

Sehubungan itu, kajian mendapati pemulihan dalam kalangan isi rumah adalah tidak sekata, selepas ramai menghadapi situasi lebih buruk sejak September 2020.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat