Instagram perkenal ciri baharu

- Advertisement -

INSTAGRAM memperkenalkan ciri baharu yang menyimpan selama 30 hari foto atau video dipadam bagi membolehkan pengguna menerbitkannya semula.

Ciri itu dilancarkan menerusi folder baharu dinamakan ‘Recently Deleted.’

Kandungan dalam folder itu hanya akan dipadam buat selama-lamanya selepas 30 hari. Namun, Instagram Stories yang dipadam dan tidak didapati dalam arkib pengguna akan berada dalam folder itu selama 24 jam.

Fungsi baharu ini akan memudahkan pengguna mendapatkan semula serta menerbitkan kandungan yang dipadam sebelum ini, sama ada dipadam secara sengaja, tidak sengaja atau akibat perbuatan jahat.

Instagram turut meningkatkan keselamatan berkaitan ciri baharu ini dengan memeriksa identiti pengguna sebelum memulihkan atau memadam kandungan daripada folder baharu itu.

“Kami tahu penggodam kadang-kadang memadam kandungan apabila mereka mendapat akses ke akaun dan sebelum kini pengguna tidak mempunyai cara mudah untuk mendapatkan kembali foto dan video itu,” jelas Instagram dalam catatan blog.

Untuk mengakses folder baharu ini dalam aplikasi, pengguna perli ke ‘Settings > Account > Recently Deleted.’ Walau bagaimanapun, ciri ini belum dilancarkan di semua negara dan Instagram tidak memberi senarai negara yang bakal mendapat ciri ini.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat