Pas sudah ada nama calon Pengerusi PN pengganti Muhyiddin

KUALA LUMPUR – Pas sudah memuktamadkan nama individu yang akan dicalonkan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melepaskan jawatan itu berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Ketua Penerangan Pas Ahmad Fadhli Shaari berkata, keputusan tersebut telah dibuat di peringkat tertinggi parti dan hanya satu nama dipersetujui untuk menggalas tanggungjawab penting berkenaan.

“Bagaimanapun, mengenai proses penghantaran nama itu saya tidak pasti macam mana. Tapi saya yakin nama itu sudah sampai ke pengetahuan Tan Sri (Muhyiddin) untuk tindakan lanjut.

“Hal ini kerana saya tidak berada dalam Majlis Tertinggi (PN),” katanya lapor Utusan di Kelantan.

Pada 30 Disember lalu melaporkan, bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) bermula 1 Januari ini.

Muhyiddin berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua kepimpinan PN yang telah memberikan sepenuh sokongan kepada beliau selama memimpin gabungan itu sejak penubuhannya lima tahun lalu.

Peletakan jawatan itu sekali gus mencetuskan perhatian terhadap hala tuju PN serta proses peralihan kepimpinan gabungan berkenaan dalam lanskap politik semasa negara.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat