HONOR Magic V2 bakal dilancarkan pada 16 Januari 2024 nanti

- Advertisement -

HONOR Malaysia kembali lagi dengan peranti pintar terbaru buat pembuka tahun baru 2024, HONOR Malaysia memperkenalkan HONOR Magic V2, ianya merupakan telefon boleh lipat paling nipis dan ringan di dunia.

HONOR Magic V2 bakal dilancarkan pada 16 Januari 2024 nanti , Peranti terbaru ini pastinya mendapat sambutan hangat dan ramai peminat teknologi akan teruja dengan kedatangan telefon terbaru ini .

HONOR Magic V2 adalah telefon lipat pertama dengan ketebalan bawah 1Cm apabila dilipat, mempunyai bentuk ultra nipis dengan ketebalan 9.9mm apabila dilipat manakala 4.7mm dalam keadaan terbuka dan berat HONOR Magic V2 cuma 231g sahaja, lebih ringan dan nipis berbanding model terdahulu.

Didatangkan dengan bateri silikon karbon 5000mAh bersama pengecas pantas 66W, Ianya mampu untuk bertahan lama dan tidak perlu bimbang dengan kehabisan bateri.

Bukan itu sahaja dengan rekaan yang ringan dan boleh dilipat HONOR Magic V2 adalah telefon yang paling partikal digunakan kerana mudah disimpan dan dibawa kemana mana.

Telefon HONOR Magic V2 ini bukan sahaja ringan dan boleh dilipat tanpa perlu rasa risau dengan ketahananya yang mana mampu menahan lebih 400,000 lipatan, Ketahanan ini menjaminkan sehingga 10 tahun dengan 100 lipatan sehari.

Ketahanan ini disebabkan engsel HONOR Magic V2 diperbuat daripada aloi titanium, sejenis material yang lebih ringan daripada aluminium dan lebih kuat daripada keluli. Inovasi tersebut melayakkan peranti tersebut memperoleh pensijilan daripada SGS.

Bagi mengelak peranti dari panas dan memastikan prestasi optimum apabila digunakan untuk jangka waktu lama, HONOR Magic V2 dimuatkan dengan Sistem Penyejukan BioniK VC Ultranipis.

HONOR Malaysia akan membuat live streaming pelancaran telefon terbaru HONOR Magic V2 pada 16 Januari ini, jam 8 malam.

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat