Apakah Sanusi mahu biar rakyat derita bertahun-tahun lepas kejatuhan BN 2018?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Umno, Datuk Asyraf Wajdi mendakwa kewujudan akuan bersumpah (SD) yang dimainkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor hanyalah mainan persepsi.

Asyraf sebaliknya menggesa pembangkang untuk tunggu 4 tahun untuk Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) diadakan bagi memenuhi nafsu pembangkang untuk menjadi kerajaan.

“Tak sangka tahap Menteri Besar pun sanggup bermain dengan persepsi seolah-olah kerajaan akan tumbang dalam masa terdekat. Apakah kenyataan seperti ini bertanggung-jawab sedangkan kepimpinan Perikatan Nasional (PN) pun menafikan ada sebarang gerakan seumpama itu?

“Apakah MB Kedah mahu mensabotaj ekonomi negara yang hari ini sudah melalui fasa pemulihan selepas mendapat keyakinan dan kepercayaan pelabur bahawa politik tanah air sudah stabil?

“Apakah MB Kedah mahu membiarkan rakyat terus menderita selama bertahun-tahun selepas kejatuhan BN 2018 sehingga menyebabkan ekonomi merudum teruk hingga kos sara hidup meningkat lantaran pelabur yang keluar akibat politik tidak stabil? soal beliau dalam kenyataan pada Isnin.

Bagi Asyraf, semua dakwaan kewujudan SD ini hanyalah mainan persepsi.

“Ini kerana tiga faktor iaitu Yang DiPertuan Agong sudah berkali-kali menitahkan baginda tidak akan melayani sebarang persembahan SD untuk menukar kerajaan.

“Juga, pembangkang yang hanya tinggal 69 orang memerlukan 43 orang lagi untuk mencukupkan 112. GPS terutamanya Ahli-Ahli Parlimen bukan Islam sudah menyatakan dengan tegas tidak akan menyokong PN kerana dalamnya ada parti ekstrem PAS.

“Manakala ahli-ahli Parlimen BN pula terikat dengan kontrak RM100 juta bon yang harus dibayar jika beralih sokongan,” katanya.

Bagaimanapun, Asyraf berkata peluang terakhir untuk menukar kerajaan adalah hanya melalui usul tidak percaya di Parlimen.

“Kalaupun ada Ahli-ahli Parlimen yang menanda-tangani SD, bermakna mereka sendiri takut untuk menzahirkan sokongan terbuka.

“Mungkin sebab itulah pembangkang tidak berani mencadangkan usul tidak percaya walaupun berkali-kali Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar mereka melakukannya.

“Maka titik noktahkan sahaja polemik SD yang tida menguntungkan ini.

“Tunggulah 4 tahun sahaja lagi untuk pilihan raya Umum diadakan bagi memenuhi nafsu pembangkang menjadi kerajaan,” katanya.

Semalam, Sanusi Md Nor mendakwa PN sudah mempunyai jumlah SD yang mencukupi untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan.

Menteri Besar Kedah yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu bagaimanapun tidak memaklumkan secara terperinci termasuk mengenai jumlah SD yang diperoleh.

“Cukup sudah (jumlah SD) semua, tunggu hari sahaja,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat