KSU KPT turun padang santuni komuniti Kg. Pauh Hulu

Oleh Zihan Zari

KUALA KANGSAR – Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Dr. Anesee Ibrahim turun padang bersama pasukan Politeknik Ungku Omar (PUO) menjalankan gotong-royong membersih kawasan surau, perkuburan dan sekitar kampung sempena Program Santuni Madani KSU KPT di Kg. Pauh Hulu, Sayong dekat sini baru-baru ini.

PUO dalam kenyataan berkata program ini bertujuan menanam dan memupuk nilai murni dalam jiwa generasi muda supaya mereka tidak bersikap mementingkan diri sendiri, sebaliknya berjiwa prihatin dan sentiasa mahu menyumbang serta berbakti kepada masyarakat demi membina komuniti madani yang harmoni dan sejahtera.

Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan & Pembangunan) KPT; Datuk Ts. Dr. Mohd. Nor Azman Hassan; dan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej komuniti (JPPKK), Dr. Shamsuri Abdullah.

“Pasukan PUO seramai 11 orang diketuai oleh Timbalan Pengarah Akademik (TPA) Norman Zamri bersama pegawai-pegawai kanan serta pelajar Ijazah Kejuruteraan Awam semester 5 dan 6.

“Mereka gigih bersama komuniti sebagai bukti mahasiswa bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah peka dan komited terhadap kesejahteraan masyarakat.

“Syabas kepada pasukan PUO yang turut serta menyumbang tenaga dan masa dalam gotong-royong membersihkan surau, kawasan perkuburan dan sekitar kampung bersama komuniti setempat, ”katanya lagi. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat