KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri dan Sukan, Adam Adli, meletakkan tanggungjawab sepenuhnya kepada Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) untuk menangani isu berbangkit.
Walaupun bukan di tahap optimum, Adam mendedahkan sudah memberi arahan agar padang Stadium Nasional, Bukit Jalil, sedia digunakan dalam final Piala Malaysia malam esok.
“Memang boleh guna. Tiada ada venue lain (lagi dah), kami telah minta padang mesti boleh digunakan di tahap mininum.
“Padang sepatutnya OK walaupun daripada segi kosmetiknya dilihat seperti yang kami tidak diharapkan tapi daripada segi penggunaannya OK.
“Cuaca hujan hari ini secara teknikalnya juga membantu memampatkan balik tanahnya.
“Tapi (sistem) saliran berfungsi dengan baik jadi sekurang-kurang permainan tidak berlangsung dalam lecak.
“Saya harap padang boleh ‘bertahan’ untuk perlawanan esok,” katanya ketika ditemui dalam perlawanan bola sepak Sukan Orang Pekak Malaysia (SOPMA) di antara Perak dan Sabah dekat MSN, Bukit Jalil hari ini. – Awani