Ibu Hattan Meninggal Dunia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ibu kepada penyanyi terkenal Datuk Hattan, Hindun Sani, 83, disahkan meninggal di Hospital Kajang, pada jam 3.30 petang, hari ini.

Isterinya, Datin Arianie Abidin berkata, arwah pada awalnya mengadu sakit dada sebelum dikejarkan ke hospital itu semalam.

“Malam tadi balik dari pengebumian menantunya di Seremban, mak balik ke rumah kakak Hattan di Kajang. Di sana dia mengadu sakit dada, muntah dan peluh sejuk.

“Apabila Hattan buat panggilan video dan tengok keadaan mak begitu dia terus suruh hantar ke hospital. Pagi tadi pihak hospital maklumkan tekanan darah mak rendah dan kuman sudah merebak. Kemudian, dapat panggilan dari hospital jam 3.30 petang tadi, mak sudah hembuskan nafas terakhir,” katanya kepada Harian Metro.

Arianie berkata, pihak hospital turut menjalankan ujian Covid-19 ke atas jenazah termasuk ahli keluarga.

“Tadi, kami berada di bilik jenazah untuk tunggu hasil ujian Covid-19. Alhamdulillah, hasil keputusan semua negatif termasuk arwah.

“Insya-Allah, jenazah akan dibawa pulang ke Seri Menanti, Negeri Sembilan untuk dikebumikan,” katanya.

Berkongsi mengenai keadaan suaminya, Arianie memohon doa peminat dan orang ramai supaya suaminya kuat.

“Doakan Hattan kuat. Semalam abang ipar dia Ariffin, 62, meninggal dunia. Hari ini mak dia pula,” katanya. – Hmetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,612FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat