Perkahwinan PH- UMNO tak tahan lama – ADUN PKR

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Taktik perkahwinan politik yang dijangka terjalin di Perak tidak akan bertahan lama,” kata ADUN PKR, Machap Jaya, Ginnie Lim.

Dalam kenyataan di Facebooknya, wakil rakyat dari Melaka itu berkata, politik tanpa prinsip akan sentiasa penuh dengan tipu muslihat dan ketidakpercayaan.

“Apabila kuasa rakyat dibelakangi, mereka yang mendapat kuasa pemerintahan melalui taktik “perkahwinan politik” (marriage of convenience) terbukti tidak dapat bertahan lama sepertimana berlaku di Johor, Kedah dan terkini Perak.

“Kekuatan Pakatan Harapan (PH) adalah rakyat. Usaha menyantuni masyarakat akar umbi pelbagai kaum dan merancang kerangka dasar yang progresif dan inklusif adalah kekuatan PH dalam pilihan raya umum lalu.

Politik tanpa prinsip akan sentiasa penuh dengan tipu muslihat dan ketidakpercayaan. Akhirnya yang dikejar semata-mata jawatan dan kuasa di atas nama kestabilan kerajaan dan kebaikan rakyat. Sekiranya inilah yang dikejar, apakah perjuangan reformasi lebih dua dekad ini suatu yang sia-sia?,” katanya.

Ujarnya, cadangan sesetengah pihak untuk membentuk kerjasama di antara DAP dan PKR bersama dengan UMNO bagi membentuk kerajaan negeri Perak yang baharu selepas perletakan jawatan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu amat mengejutkan.

Hal ini kerana katanya, kerjasama bukan berpaksikan prinsip dan dasar, sebaliknya kepentingan sendiri di atas nama kestabilan politik dan kebaikan rakyat, akan membelakangi mandat rakyat.

“Cadangan ini akan mengecewakan penyokong PH dan rakyat kerana mandat rakyat dalam PRU ke-14 pada tahun 2018 adalah menolak kerajaan kleptokrat yang dipimpin oleh Barisan Nasional (BN)-UMNO di bawah Datuk Seri Najib Razak ketika itu.

“Maka adalah menjadi satu pengkhianatan kepada mandat rakyat jika PH bekerjasama semula dengan UMNO dan memberi nafas baru kepada parti yang telahpun ditolak oleh rakyat,” tegas beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat