Laporan PAC ‘bukan tangkap muat’, Mas Ermieyati jawab Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menyangkal dakwaan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai laporan ‘tangkap muat’ berhubung penjualan bangunan komersial Semarak20 yang dikendalikan Felcra Berhad (Felcra).

Pengerusi PAC, Mas Ermieyati Samsudin berkata segala maklumat dan fakta yang terdapat dalam laporan berkenaan diperoleh daripada kementerian dan agensi yang hadir ketika prosiding.

“PAC tidak ‘tangkap muat’ maklumat dilaporkan dalam laporan mengenai Felcra terutama sekali berhubung isu penjualan Menara Semarak20. Semua makumat dan fakta diperoleh PAC dalam laporan berkenaan adalah didapati daripada pembentangan Felcra sendiri.

“Sehubungan itu, PAC mahu semua pihak termasuk menteri kemajuan desa dan wilayah (Zahid) membaca dahulu laporan berkenaan dan meneliti semua fakta dan maklumat sebelum membuat tuduhan terhadap PAC.

“PAC adalah Jawatankuasa bipartisan yang dianggotai 14 Ahli Dewan Rakyat, sembilan daripada Kerajaan dan lima daripada Pembangkang serta dibantu tujuh wakil tetap (ex officio) Kementerian terdiri daripda Jabatan Peguam Negara, Kementerian Kewangan, Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Audit Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Kementerian Ekonomi dan Jabatan Akauntan Negara,” katanya dalam kenyataan.

Beliau Yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah itu menjelaskan bahawa sebelum PAC membentangkan laporannya di Dewan Rakyat, ia perlu melalui proses yang rumit bagi menentu sahkan segala rumusan, syor dan ulasan.

Malah jelasnya ia perlu mendapatkan persetujuan konsensus daripada semua Ahli PAC termasuk ex-officio PAC.

“PAC tidak akan memanggil mana-mana pihak lagi untuk memberikan segala maklumat dan fakta berhubung penjualan Menara Semarak20 kerana dua laporan berhubung bangunan berkenaan telah dikeluarkan.

“Bagaimanapun, PAC akan berbincang untuk membuat keputusan bagi membahaskan laporan tindakan susulan mengenai FELCRA ini di Dewan Rakyat seperti yang pernah dibuat untuk laporan mengenai HRDCorp pada Julai lalu,” katanya.

Sebelum itu, Zahid meminta PAC supaya ‘tidak tangkap muat sahaja’ terhadap maklumat diperoleh dalam menyediakan laporan membabitkan Felcra berhubung prestasi penjualan bangunan komersial Semarak20.

Beliau turut mengarahkan pengerusi dan ketua pegawai eksekutif Felcra supaya memberikan penjelasan kepada PAC.

Kenyataan Zahid itu menyusul selepas PAC dalam laporannya semalam melahirkan kebimbangan dengan prestasi penjualan bangunan komersial tersebut dikendalikan Felcra, yang didakwa masih dalam status belum dijual dan cadangan itu hanya di peringkat perbincangan bersama pihak pembeli ketika ini.-SuaraTV

author avatar
Jannah Jalidar
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat