Search, Wings, A.C.A.B, Butterfinggers & Hujan, bakal gegar Borneo Rock Festival 2023 

- Advertisement -

Mengangkat tema budaya popular dan kontemporari, Borneo Rock Festival 2023 akan memberikan anda hiburan yang ‘gila’ dengan menampilkan barisan kumpulan lagenda tanah air iaitu Search, Wings, A.C.A.B, Hujan, Butterfingers pada 30 Disember 2023 ini.

Bertempat di Stadium Likas, Kita Kinabalu, Sabah, Borneo Rock Festival 2023 yang akan bermula seawal 11 pagi hingga 12 tengah malam, pasti menjadi medan pengunjung yang hadir untuk berhibur melalui muzik yang ‘bingit’ dan pulang tanpa meninggalkan impak dan momen terbaik.

Penganjur Borneo Rock Festival 2023 iaitu Datuk Abdul Rahim dari Imika_culture berkata, melalui festival ini, para pengunjung akan mendapat pengalaman dan ilmu baharu yang tidak pernah diperoleh dalam penganjuran festival lain.

Di Borneo Rock Festival 2023, penganjur akan mewarnai program dengan gabungan pelbagai jenis seni sekaligus mengangkat budaya unik negeri Sabah yang juga kurang diberi perhatian sebelum ini.

“Selaku penganjur kami sangat berbesar hati untuk merangkumkan antara seni dan budaya lalu membawa tema Budaya Popular Dan Kontemporari dalam Borneo Rock Festival 2023.

“Kami mahu Borneo Rock Festival bukan hanya menjadi pesta yang dianjurkan dan mudah dilupakan tetapi mahu menjadi tanda aras terhadap penganjuran festival yang bukan hanya meletakkan hiburan semata-mata tapi perlu memberi ilmu juga tentang seni dan budaya masyarakat setempat.

“Harapan kami agar Borneo Rock Festival 2023 mencapai matlamat sekaligus boleh diteruskan penganjurannya pada masa akan datang sebagai medium buat generasi masa kini menikmati hiburan berkelas,” ujar Datuk Abdul Rahim, Imika_culture.

Selain itu , Borneo Rock Festival 2023 menampilkan 30 band terkenal yang akan merealisasikan objektif penganjuran festival kali ini dapat mencapai matlamat.

“Sesuai konsep Borneo Rock Festival 2023, kami bawakan band-band ikonik bagi mewakili generasi muzik penggemar.

“Search dan Wings adalah dua kugiran gergasi yang rasanya ‘berdosa’ untuk tidak dijadikan line up utama Borneo Rock Festival.

“Kami juga membawakan the one and only Butterfingers dan the legendary A.C.A.B khusus buat fanatik mereka di Borneo.

“Hujan pula sudah punya berlapis generasi peminat dan tentu saja nama mereka juga besar di sini,” katanya lagi.

Vokalis Search, Amy, menyifatkan penganjuran Borneo Rock Festival 2023 sebagai inisiatif yang cukup baik daripada anak tempatan dalam menyatukan seni serta budaya untuk dihayati oleh pengunjung.

“Search sangat tertarik dengan konsep Borneo Rock Festival 2023 yang bukan hanya mengangkat muzik rock sebagai ‘jualan utama’ tapi juga memberi peluang kepada band lokal dan komuniti seni serta budaya yang ada.

“Apa lagi melihat geng line up seperti Wings, A.C.A.B, Butterfinger dan Hujan, tentu Search berasa terhormat untuk menghiburkan terutama buat peminat di Borneo,” ujar Amy.

Bersama dengan enam band tersohor ini, Borneo Rock Festival 2023 tidak akan lengkap tanpa persembahan anak-anak lokal.

Oleh itu, Amef, Mahkluk, Silversun, Suka Suki, Markaz79, Beyond My Rage, Dita Darcia, Gutaeters, Measmata dan Melodychain akan menambah kehangatan Borneo Rock Festival 2023 itu nanti.

Saperti yang dijanjikan, Borneo Rock Festival 2023 bukan semata untuk berhibur, sebaliknya di festival ini pengunjung dapat menikmati pelbagai keseronokan lain termasuk pameran permotoran, pengalaman menonton wayang pacak, menyertai pertandingan memasak serta menikmati kraf tempatan.

Untuk merasai sendiri pengalaman ini, jangan lepaskan peluang menikmati Borneo Rock Festival 2023 yang akan berlangsung di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah pada 30 Disember 2023.

ZON ACARA

ZON A: LUAR STADIUM TEMPAT LETAK KERETA A – AKTIVITI PAMERAN & JUALANA

ZON B: LUAR STADIUM TEMPAT LETAK KERETA B – AKTIVITI SENI KEBUDAYAAN

ZON C: DALAM STADIUM – PERSEMBAHAN KONSERT

HARGA TIKET :

GENERAL (Early Bird – RM79), (Normal – RM99)

ROCK ZONE (Early Bird – RM99), (Normal-RM129)GRANDSTAND –  RM300

PEMBELIAN WEBSITE: WWW.ILASSOTICKETS.COM

PEMBELIAN TALIAN HOTLINE: +6011 1329 7822

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat