Hadiri APEC tak gugat perjuangan Malaysia pertahan Palestin – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Malaysia tetap tidak berganjak dalam mempertahankan keadilan dan perjuangan rakyat Palestin namun tetap menghadiri sidang Minggu Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di San Francisco, California, Amerika Syarikat (AS) minggu depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, keputusan untuk menyertai persidangan ini adalah bagi menjaga kepentingan negara dari pelbagai sudut hubungan diplomatik, keselamatan dan ekonomi.

“Malaysia memutuskan untuk menghadiri Minggu Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2023 di San Francisco, Amerika Syarikat.

“Keputusan untuk menyertai persidangan ini adalah bagi menjaga kepentingan negara dari pelbagai sudut hubungan diplomatik, keselamatan dan ekonomi.

“Kendatipun begitu, Malaysia tetap tidak berganjak dalam mempertahankan keadilan dan perjuangan rakyat Palestin,” kata Anwar.

Perdana Menteri berkata, biarpun ada desakan supaya tidak menghadiri persidangan terbabit, beliau perlu menjaga hubungan diplomatik, keamanan dan ekonomi.

“Jadi apakah disebabkan negara kita tidak bersetuju dengan isu (Palestin) ini, (kita) tidak akan hadir?

“Bagi saya keutamaan juga menjaga hubungan diplomatik dan keamanan walaupun tidak berganjak dari sudut mempertahankan keadilan dan menyokong perjuangan hak rakyat Palestin.

“Maka setakat ini, saya memutuskan untuk hadir pesidangan APEC yang dihadiri oleh semua negara Asia atas undangan Presiden (AS, Joe) Biden ke San Francisco,” katanya.

APEC adalah forum ekonomi serantau yang ditubuhkan pada 1989 untuk memanfaatkan saling kebergantungan yang semakin meningkat di Asia-Pasifik, yang mana tahun ini, ia akan bersidang di San Francisco bermula 11 hingga 17 November ini.

Anwar berkata, sudah tentu keputusannya itu tidak akan menyenangkan sebahagian pihak kerana sebagai Perdana Menteri, beliau juga perlu menjaga kepentingan Malaysia.

“Tentunya keputusan ini mungkin tidak menyenangkan sebahagian pihak dan kalau ya pun, janganlah menghukum saya sebagai pro Israel (hanya) kerana hadir persidangan ini.

“Sebagai Perdana Menteri, saya kena jaga kepentingan negara ini dan keselamatannya, ekonominya, kesenangannya dan tentu tidak berganjak menyatakan sikap saya (dalam isu Palestin),” katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri mengajak semua pihak termasuk parti politik supaya tidak mempolemikkan isu Palestin. sebaliknya mencari cara untuk membantu negara berkenaan.

“Saya lihat kadang-kadang polemik parti dan golongan ekstrem agak melampau, sudahlah, dalam isu Gaza ini, kita berpakatlah bersama, orang dibunuh, anak-anak kecil mati, fikirlah bersama bagaimana nak membantu.

“(Ini) nak cari political score and point (mata politik) , its sickening (menjengkelkan), nak kecam orang itu, (kata) orang itu tak bagus, saya sahaja bagus dan itu keadaan politik sudah hampir menyesatkan sehingga hilang pertimbangan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat