Ahmad Fadhli pertikai tindakan kerajaan batal pas media Harakah

- Advertisement -

CYBERJAYA – Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Ahmad Fadhli Shaari membidas dan mempertikaikan tindakan kerajaan yang membatalkan pas media rasmi Harakah, lapor Malaysiakini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, organ rasmi PAS itu menerima surat daripada Jabatan Penerangan awal hari ini memberitahu supaya memulangkan pas media wartawan mereka.

Menurut laporan itu lagi, Ahmad Fadhli berkata PAS menerima teguran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Harakah pagi tadi.

“Tapi hari ni Harakah telah menerima surat daripada Jabatan Penerangan, diambil balik kad media daripada wartawan Harakah.

“Satu tindakan yang tidak pernah akhbar Harakah alami sejak daripada zaman ‘maha zalim’, tak pernah diambil kad media,” katanya.

Laporan itu berkata, walaupun Fadhli tidak menjelaskan secara terperinci sebab Harakah dikenakan tindakan itu namun dimaklumkan tindakan itu ada kaitan dengan artikel yang diterbitkan oleh lidah rasmi PAS semalam.

Menurut salinan surat Jabatan Penerangan yang dilihat oleh Malaysiakini, pihak berkuasa memetik artikel Harakah pada 6 Nov yang mendakwa kerajaan “meminta maaf” dalam menyokong perjuangan Palestin.

Artikel bertajuk ‘Malaysia Di Bawah Anwar Ragu-Ragu Sokong Palestin?’ itu memetik Ketua Dewan Ulamak PAS Ahmad Yahaya (PN-Pokok Sena), yang mendakwa kerajaan telah mengubah nadanya berhubung pejuang kemerdekaan Palestin untuk mengikuti naratif yang ditetapkan oleh Israel dan Barat.

Tambah laporan itu lagi, Harakah juga telah menerbitkan satu set gambar untuk mengiringi artikel itu yang memaparkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan bendera Israel di belakangnya manakala foto Ahmad mempunyai bendera Palestin di sisinya.

Semakan lanjut kemudian mendapati gambar itu telah ditukar dan hanya bendera Israel dan Palestin dipaparkan, tanpa wajah Anwar dan Ahmad.

Laporan sama menyebut, Jabatan Penerangan, yang merupakan agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital menyatakan laporan itu telah melanggar etika kewartawanan kerana menyiarkan “tuduhan tidak berasas” dan mengarahkan Harakah memulangkan semua pas medianya esok.

Terdahulu, awal hari ini, Anwar semasa sesi soal jawab perdana menteri di Dewan Rakyat mengkritik cara Harakah cuba mengaitkannya dengan Israel.

Anwar turut menyifatkan Ahmad (PN-Pokok Sena) sebagai ‘biadab’ kerana mendakwa Putrajaya memohon maaf dalam pendiriannya terhadap perjuangan Palestin dan menegaskan pendirian kerajaan sentiasa tidak berbelah bahagi dalam menyokong Palestin.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat