KEDA Belanja RM2.5 Juta Bagi Projek Ameniti Sosial Tahun Ini

- Advertisement -

SUNGAI PETANI, 7 Nov. – Kementerian Pembangunan Luar Bandar, KPLB, menerusi agensinya Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah, KEDA, membelanjakan RM2.5 juta bagi projek ameniti sosial di seluruh negeri itu tahun ini.

Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, peruntukan itu lebih tinggi berbanding tahun 2020 iaitu hanya RM1.5 juta.

“KEDA telah menyalur peruntukan sebanyak RM2.5 juta kepada 77 kategori kerja. Sebanyak 67 kategori kerja telah siap manakala selebihnya sedang dalam pelaksanaan.

Antara projek ameniti sosial itu termasuk menaiktaraf dan baikpulih longkang, baikpulih dewan serbaguna dan surau serta menurap ruang parkir dewan.”

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Dewan Orang Ramai Desa KEDA Bukit Tukang Jusoh, di sini hari ini.

Pembinaan dewan serbaguna itu kata Mahdzir, memberi manfaat kepada lebih seribu orang penduduk di kawasan berkenaan yang sebelum ini tidak mempunyai dewan.

“Pembinaan dewan berkeluasan 264 meter persegi dan infrastruktur berkaitan menelan belanja lebih RM400 ribu dan mampu memuatkan kira-kira 200 orang dalam satu masa.

Pembinaan dewan ini susulan permintaan daripada masyarakat setempat yang memerlukan tempat bagi menjalankan aktiviti,” katanya.

KPLB tegas Mahdzir, akan terus melaksanakan mandat dan naratif utamanya menyediakan segala keperluan asas demi kesejahteraan masyarakat luar bandar sebagai satu Keluarga Malaysia.

Ends.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,609FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat