Menteri Keselamatan Israel bangga aktivis GSF didera, dilayan keras dalam tahanan

KUALA LUMPUR – Pertubuhan bantuan guaman Adalah mengecam Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir yang menyokong layanan tidak berperikemanusiaan, penderaan dan intimidasi terhadap aktivis misi Global Sumud Flotila (GSF).

Dalam satu kenyataan pada Ahad, Adalah berkata Ben-Gvir secara terbuka menyatakan rasa bangga terhadap layanan keras diterima para aktivis di penjara, tindakan yang jelas melanggar prinsip hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa.

Menurut Adalah, peguamnya sudah bertemu dan mengambil keterangan daripada 80 peserta flotila yang kini ditahan di Penjara Ketziot di selatan Israel.

Sebelum ini, peguam Adalah sempat menemui puluhan aktivis ketika mereka baru dibawa ke darat di pelabuhan Ashdod, namun sekitar 87 aktivis masih belum diberi akses untuk berunding dengan peguam pada mana-mana peringkat sejak mereka ditahan di laut.

Pihak berkuasa Israel dan badan terlibat juga belum menyerahkan senarai penuh nama tahanan flotila kepada Adalah yang mewakili kumpulan aktivis tersebut.

Jelas badan itu, aktivis iklim pro-Palestin Greta Thunberg hanya sempat bertemu seorang peguam Adalah ketika di pelabuhan, namun belum dibenarkan mengadakan pertemuan lanjut sejak itu.

Menurut organisasi GSF, seramai 328 aktivis masih ditahan di Israel, sementara kenyataan Kementerian Luar Israel mengesahkan 137 aktivis sudah dihantar pulang setakat Sabtu, lapor Utusan.

Dalam testimoni kepada peguam Adalah, beberapa aktivis mendakwa mereka dinafikan rawatan perubatan, ubat-ubatan penting, tidak diberi bekalan makanan dan air mencukupi selain dimasukkan ke sel tahanan yang terlalu sesak serta tidak bersih.

Sebahagian lagi aktivis mendakwa mereka dipukul secara fizikal, manakala ada yang ditutup mata dan digari dalam tempoh yang panjang.

Adalah turut mendedahkan pihak berkuasa Israel hanya membenarkan dua peguamnya memasuki Penjara Ketziot pada Ahad untuk mengendalikan kes lebih 300 aktivis yang masih ditahan.

Jurucakap Adalah berkata, badan itu berdepan kesukaran berunding dengan semua aktivis dalam masa singkat semalam berikutan sambutan perayaan Sukkot bagi masyarakat Yahudi.

Kementerian Luar Israel, Perkhidmatan Penjara serta Pihak Berkuasa Penduduk dan Imigresen enggan memberi sebarang maklum balas kepada permintaan media mengenai jumlah sebenar dan status tahanan flotila yang berada di Israel.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat