BN terus kekal di Pelangai

- Advertisement -

PELANGAI: Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi DUN Pelangai yang dimenangi mereka pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) lepas.

Pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Pelangai yang berlangsung hari ini, calon BN menewaskan dua pesaing lain dari parti Perikatan Nasional (PN) dan calon Bebas.

Datuk Amizar Abu Adam (BN) memperolehi 7,324 undi, Cikgu Kasim Samat (PN) memperolehi 4,375 manakala Haslihelmy DM Zulhasli (Bebas) 43 undi.

Amizar menang dengan majoriti 2,949 undi.

Pada PRU15, Johari menang dengan majoriti 4,048 undi menewaskan Kasim yang mendapat 3,260 undi, calon Pakatan Harapan (PH) Ahmed Wafiuddin Shamsuri (2,031 undi) dan calon Pejuang Isa Ahmad (65 undi).

PRK DUN Pelangai diadakan setelah kerusi itu diisytiharkan kosong susulan kematian penyandangnya daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Johari Harun yang terlibat nahas pesawat di Elmina, Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lalu.

Pengiraan undi dibuat membabitkan sembilan pusat mengundi dan 30 saluran di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi iaitu di Dewan Orang Ramai Felda Kemasul.-SUARATV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat