Bajet 2023 Jaga Kebajikan Keluarga Malaysia – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bajet 2023 yang dibentangkan hari ini sesuai dengan tema Keluarga Malaysia Makmur Bersama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Bajet 2023 menumpukan kepada pelbagai golongan melibatkan B40, M40, belia, wanita dan golongan kurang upaya (OKU).

Ujar beliau, peruntukan yang diberikan berdasarkan setiap aspek termasuk pembangunan luar bandar dan bandar.

“Bajet 2023 juga menumpukan kepada pemulihan ekonomi bagi persediaan ekonomi (yang dijangka) tidak menentu pada tahun depan,” katanya di Parlimen pada Jumaat selepas menghadiri pembentangan Bajet 2023.

Menerusi pembentangan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, sejumlah RM372.3 bilion akan diperuntukkan bagi Bajet 2023 berbanding peruntukan RM332.1 bilion tahun lepas.

Sementara itu menerusi hantaran di Facebook, Perdana Menteri berkata, bajet berkenaan menyediakan RM272.3 bilion bagi perbelanjaan mengurus manakala sebanyak RM95 bilion bagi perbelanjaan pembangunan.

“Sebanyak RM5 bilion di bawah Kumpulan Wang COVID-19. Sejumlah RM2 bilion disediakan sebagai Simpanan Luar Jangka,”katanya.

Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera berkata, keutamaan Bajet 2023 tertumpu kepada usaha melindungi kebajikan rakyat.

“Alhamdullilah, saya gembira dengan pembentangan Bajet 2023 di Dewan Rakyat hari ini.

“Bajet 2023 juga memperlihatkan komitmen Kerajaan menawarkan manfaat kepada Keluarga Malaysia. Bajet ini juga menjadi manifestasi usaha kerajaan untuk kebangkitan negara, agar menjadi sebuah negara yang unggul setelah kita mengharungi pelbagai krisis dan cabaran sebelum ini,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat