Nadia, suami tiga bulan tak sebumbung

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Mengharapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Luluh hati saat rumah tangga yang dibina tidak sampai setahun dilanda badai.

Demikian luahan hati suami pelakon, Nadia Brian iaitu Muizz Nasruddin yang kali pertama membuka mulut mengenai pergolakan rumah tangganya kepada BH Online.

Desas-desus pergolakan rumah tangga pasangan yang mendirikan rumah tangga pada November, tahun lalu itu mula dihidu apabila Nadia mahupun Muizz tidak lagi berkongsi gambar bersama.

Minggu lalu, Muizz mengejutkan ramai apabila memuat naik gambar hitam putih ketika hari bergelar suami kepada pelakon drama Lelakimu Yang Dulu berserta keterangan gambar dirinya dikhianati.

“Kami masih suami isteri, ketika ini. Cuma, saya dan Nadia sudah tidak tinggal sebumbung sejak hampir tiga bulan lalu.

“Saya tak pernah menghalau Nadia keluar pada dari rumah. Malah, saya berkali-kali mengajak Nadia untuk kembali tinggal bersama. Namun, isteri menolak dan membuat keputusan untuk tinggal di rumah ibunya,” kata Muizz.

 

Hati Muizz Nasruddin luluh apabila rumah tangga yang dibina bersama Nadia Brian tidak sampai setahun berantakan kerana cintanya dikhianati. - Foto IG Muizz Nasruddin
Hati Muizz Nasruddin luluh apabila rumah tangga yang dibina bersama Nadia Brian tidak sampai setahun berantakan kerana cintanya dikhianati. – Foto IG Muizz Nasruddin

 

Muizz mendedahkan luahan hatinya menerusi laman Instagram (IG) yang tular adalah kenyataan yang benar.

“Entri saya dalam IG bukan cerita rekaan. Saya memang dihina, dihalau, dikhianati dan dianiayai.

“Saya cuba menghubungi ibu dan keluarganya untuk menyelesaikan masalah antara saya dengan Nadia dengan baik. Namun, semuanya hanya sia-sia.

“Saya sedaya upaya mahu menyelamatkan rumah tangga, tetapi Nadia tidak mahu memberi kerjasama,” katanya.

Muizz berkata, dia lebih mengecewakan apabila menerima bukti video kecurangan Nadia yang dihantar oleh seseorang.

“Nadia bukan curang dengan seorang, tetapi dua lelaki.

“Saya ada bukti yang cukup. Saya berada dalam posisi yang betul,” dakwa Muizz.

Sementara itu, Nadia yang dihubungi, memilih untuk tidak memberikan komen panjang kerana menganggap isu pergolakan rumah tangga cukup peribadi, selain keadaan pandemik COVID-19.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat