Leo Dubois Positif COVID-19

- Advertisement -

PARIS: Pemain skuad kebangsaan Perancis, Leo Dubois diuji positif COVID-19 di pusat latihan mereka di Clairefontaine, umum Persekutuan Bolasepak Perancis, sebentar tadi.

Selepas negatif sebelum menyertai skuad kendalian Didier Deschamps untuk siri perlawanan antarabangsa, Dubois mengambil bahagian dalam sesi latihan sebelum diuji positif hari ini.

“Leo Dubois dikuarantin apabila mendapat keputusan selepas latihan petang Selasa,” kata persekutuan itu.

Pemain Real Madrid, Ferland Mendy kini dipanggil bagi menggantikan pemain Lyon itu.

Perancis akan menghadapi saingan persahabatan menentang Ukraine awal pagi esok waktu Malaysia menjelang saingan Liga Negara-Negara bertemu Portugal di sini pada Ahad dan Croatia pada 14 Oktober. – AFP

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat