Eddie Van Halen Meninggal Dunia

- Advertisement -

EDDIE Van Halen, salah seorang pemain gitar muzik rock dan pengasas kumpulan rock popular yang dinamakan sempena namanya sendiri dan abangnya yang bermain drum, meninggal dunia akibat barah pada hari Selasa.

Dia berusia 65 tahun.

Kematian Van Halen diumumkan di Twitter oleh anak lelakinya yang berusia 29 tahun, Wolfgang, yang juga merupakan pemain bass dalam kumpulan berkenaan sejak beberapa tahun lepas.

Wakil kepada Eddie Van Halen meminta Reuters merujuk kepada kenyataan anaknya mengenai berita kematian tersebut.

“Saya tidak percaya saya menulis berita ini tetapi ayah saya, Edward Lodewijk Van Halen, telah kalah dalam pertempuran panjang dan sukar dengan barah pagi ini,” kata Wolfgang Van Halen dalam ciapan itu.

“Dia adalah ayah terbaik yang pernah saya ada,” kata Van Halen yang lebih muda.

“Setiap saat saya bersama dengannya di atas dan di luar pentas adalah hadiah.”

Pelakon Valerie Bertinelli, bekas isteri Eddie Van Halen selama 26 tahun dan juga ibu kepada Wolfgang, berkongsi semula kenyataan Twitter oleh anaknya – Reuters

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat