Kosongkan kerusi Muar dan Puteri Wangsa, usah ugut – Puad beritahu MUDA

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Dr Puad Zarkashi mengingatkan parti MUDA untuk tarik sahaja sokongan daripada Kerajaan Perpaduan sekiranya benar anak jantan tulen.

Puad menegaskan, MUDA tidak perlu beri amaran untuk tarik sokongan atau turun ke jalan raya.

“Tarik sahaja sokongan kalau MUDA anak jantan tulen.

“Lagi pun MUDA secara tidak rasmi sudah keluar Kerajaan Perpaduan. MUDA tanding solo di PRN 6 negeri. Semua hilang deposit. MUDA yang langgar ‘red line’, bidas Puad dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau malah menyatakan, daripada ugut kerajaan hilang majoriti dua pertiga elok Syed Saddiq kosongkan kerusi.

“Bolehkah Muar dan Puteri Wangsa menang tanpa sokongan PH? Confirm tidak berani. Cuma mengugut,” tempelak Puad.

Speaker DUN Johor itu juga memberitahu MUDA agar tidak menjadikan kes melepas tanpa membebaskan (DNAA) Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram.

“Jangan jadikan kes DNAA Zahid ugutan agar MUDA diterima masuk PH.

“Tunggu penjelasan apa lagi. Rupanya MUDA juga malas baca 11 alasan pendakwaraya,” ujarnya.

Baru-baru ini, MUDA mengancam keluar daripada Kerajaan Perpaduan jika tiada penjelasan terperinci daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung keputusan mahkamah yang melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi daripada pertuduhan rasuah.

Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, dalam mesyuarat parti itu, MUDA menganggap keputusan itu adalah salah satu ‘garis merah’ yang sudah dilanggar.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat