Najib dalam penjara bukan kuarters seperti didakwa – Jabatan Penjara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Jabatan Penjara Malaysia hari ini tampil menangkis tohmahan berita palsu kononnya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak ditempatkan dalam sel penjara sebaliknya di kuarters pegawai kanan penjara.

Jabatan Penjara menegaskan sebaran mesej itu adalah maklumat tidak sahih dan menggesa penyebarannya dihentikan.

“Maklumat tidak sahih. Hentikan penyebarannya,” tegas Jabatan Penjara dalam hantaran Facebooknya pada Rabu.

Baru-baru ini tular mesej di aplikasi WhatsApp yang mendakwa kononnya Najib tidak ditempatkan dalam sel penjara sebaliknya diberikan rumah di dalam kawasan penjara.

Kononnya rumah itu adalah penempatan pegawai kanan penjara atau dikenali sebagai kuarters penjara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat