Polis Tahan Dua Suspek Anggota Sindiket Macau Scam

- Advertisement -

PETALING JAYA – Polis menahan dua lelaki dipercayai terbabit dengan sindiket Macau Scam membabitkan seorang pesara wanita yang kerugian RM3.83 juta dalam serbuan di sebuah restoran di Shah Alam, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, suspek masing-masing berusia 36 dan 43 tahun itu dipercayai menyamar sebagai pegawai di sebuah syarikat penghantaran serta pegawai polis.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek berkenaan dipercayai berperanan sebagai orang tengah bagi sindiket berkenaan.

“Dalam serbuan itu, kami merampas tiga telefon bimbit milik suspek. Mereka kini direman selama empat hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan tipu helah dan ugutan oleh sindiket terbabit.

“Kami menasihatkan orang ramai supaya menghubungi pihak polis sekiranya menerima panggilan telefon seumpama ini kerana modus operandi mereka adalah mensasarkan golongan warga emas yang kurang pendedahan mengenai maklumat terkini jenayah siber,” katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan seorang pesara wanita berusia 90 tahun kerugian RM3.83 juta selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan sindiket Macau Scam pada 30 Jun lalu.

Nik Ezanee dipetik berkata, mangsa mula menjadi sasaran selepas menerima panggilan daripada individu mendakwa petugas sebuah syarikat penghantaran yang memaklumkan ada bungkusan dihantar dari Ipoh, Perak ke Sabah mengandungi kad pengenalan dan kad pengeluaran tunai automatik (ATM) atas nama mangsa pada 13 April lalu. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat