Langgar PKPP: Aktiviti pub, kelab malam kesalahan tertinggi dicatatkan semalam

Gila! Belah Perut Isteri Nak Tengok Jantina Anak

SEORANG lelaki di India ditahan polis kerana membelah perut isterinya yang sedang mengandung dengan sabit sehingga menyebabkan wanita itu sekarang tenat di hospital...

PN Perlu Segera Merencana Pemberdayaan Wanita Malaysia

Oleh: Ahmad Soffian Bin Mohd Shariff Setelah tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan pada 24 Februari 2020, kita mendapati kurangnya gerakan bagi membincangkan hala tuju perkembangan wanita...

Polis Terima 35 Laporan Berkaitan Mohamaddin Hina Anggota Keselamatan

KOTA KINABALU – Sebanyak 35 laporan diterima polis Sabah setakat ini berkaitan penghinaan seorang bekas menteri ke atas anggota keselamatan bertugas ketika Op Daulat...

Mohamaddin Sangat Biadab, Melampau – Mejar Huan Cheng Guan

KOTA KINABALU – Kenyataan bekas Menteri Pakatan Harapan (PH) yang kini merupakan calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Segama, Datuk Mohamaddin Ketapi menghina wira...

#PRNSabah : Calon USNO Menangis Rayu Dipilih Wakil Rakyat Paginatan

KOTA KINABALU - Menjelang pecutan akhir berkempen untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, pelbagai ragam calon dapat disaksikan untuk meraih sokongan pengundi. Tidak ketinggalan calon...

KUALA LUMPUR: Kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) termasuk aktiviti dalam pub atau kelab malam antara kesalahan tertinggi direkodkan semalam melibatkan 580 individu disusuli kesalahan tidak mengamalkan penjarakan fizikal 118 individu.

Kesalahan lain yang turut dilakukan termasuk tidak memakai pelitup muka (52), premis beroperasi lebih masa (52), pendatang tanpa izin (39), gagal menyediakan peralatan atau merekod butiran pelanggan (22), disyaki terlibat dalam aktiviti pelacuran (tujuh), melanggar perintah kuarantin (dua) serta menghalang penjawat awam bertugas (satu).

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata 873 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan PKPP dan daripada jumlah itu, 797 individu dikompaun, 71 direman manakala lima individu dijamin.

“Sementara itu, Operasi Benteng telah melakukan 14 tangkapan melibatkan 30 pendatang tanpa izin dan empat penyeludup. Operasi turut membuat  rampasan melibatkan 12 kenderaan darat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagi kuarantin wajib sejak 24 Julai sehingga semalam, Ismail Sabri berkata 24,781 individu dari 32 negara telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan mereka ditempatkan di 67 hotel dan empat Institut Latihan Awam (ILA) serta institusi pengajian swasta di seluruh negara.

“Daripada jumlah itu, seramai  9,842 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib manakala 66 individu dihantar ke hospital untuk rawatan manakala 14,873 lagi individu telah discaj dan dibenarkan pulang,” katanya.

Sejak 30 Mac, sebanyak 9,865 operasi sanitasi awam merangkumi 134 zon dilaksanakan melibatkan 12,969 premis terdiri daripada 2,707 pusat perniagaan, 5,706 bangunan kerajaan, 1,596 kawasan perumahan termasuk Projek Perumahan Rakyat (PPR), 2,606 tempat awam dan 354 pasar raya.

— BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan