Filipina tulis surat kepada PBB, katakan Sabah miliknya

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Media Filipina melaporkan Sultan Sulu telah menulis surat kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk menyatakan Sabah adalah milik mereka.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan, dalam surat tersebut, Sultan Sulu menyatakan beliau tidak hirau meskipun warga Sabah sudahpun menyatakan mereka lebih rela menjadi warga Malaysia dan ingin mendapat lebih kuasa autonomi kerana mereka cuma setinggan yang duduk secara haram dalam Sabah.

“Sultan Sulu kata jika Sabah dikembalikan kepada dia, setinggan haram boleh pilih pindah ke semenanjung Malaysia atau pilih lafazkan kesetiaan pada dia jika mahu terus duduk dalam Sabah.

“Ini adalah kenyataan yang amat menyakit hati warga Sabah dan Malaysia,” tulis Najib dalam enteri di Facebooknya, hari ini. Beliau sangat berharap dan percaya kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan terus teguh bagi mempertahankan Sabah.

“Sabah adalah sebahagian Malaysia buat selama-lamanya,” kata Najib.

Terdahulu, sebelum ini, salah seorang ahli jawatankuasa berkenaan (Rufus B Rodriguez) dari Cagayan de Oro, membuat cadangan RUU (rang undang-undang) pindaan bagi memasukkan kawasan maritim dituntut Flipina di Laut Cina Selatan dan wilayah Sabah ke dalam peta Filipina.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat