“Double Trouble 2” Satu Pentas, Dua Kumpulan, Persembahan Menakjubkan

- Advertisement -

Berlansungnya  satu persembahan yang luar biasa dan menjadi Sejarah lagi dalam industry hiburan dan buat peminat  genre rock khasnya. Konsert  kolaborasi dua kumpulan legenda rock tanah air yang membuatkan Stadium Malawati Shah Alam bergegar dengan sorakan dan semangat peminat rock tanah air.  Gabungan dua Legenda rock iaitu “SEACRH” dan “BARBARIK” di satu pentas diberi nama “DOUBLE TROUBLE 2” membuktikan yang mereka berada pada kelasnya yang tersendiri.

5 Ogos berlakunya satu fenomena yang menakjubkan dimana 7000 penonton membanjiri stadium Malawati shah alam untuk menyaksikan persembahan yang luar biasa AURAnya yang bermula tepat pada pukul 8.45 malam, sebagai pembuka bicara untuk konsert tersebut adalah suara dan susuk tubuh Isma Halil Hamzah selaku emcee yang menjadi wadah telinga peminat sekaligus ‘melenyapkan’ rasa rindu kepada bekas penyampai radio yang cukup sinonim dengan muzik mahupun konsert rock.

SEARCH membariskan Noordin (pemain gitar), Kid (pemain gitar), Yan (pemain bass), Denden Gonjalez (vokalis) dan Minn (drum).  Manakala Barbarik diterajui Jo Branko (gitaris), Muss (vokalis) tiga pemuzik berkarisma iaitu Ainoll (drum), Rozaimie (gitar bass) dan Adi Yamin (keyboard/piano) kemudiannya disatukan menerusi ‘opening’ Balada Pemuzik Jalanan yang membawa penonton untuk menyanyi bersama sehingga ke noktah terakhir.

Barbaric mengambil Alih persembahan dengan lagu Raum, Mencari Asal Usul, 203, Idaman dan Hati Sulam Lain, yang pastinya membuat para peminat tidak keruan dan bersemangat dengan persembahan turut bersama menyanyikan lagu mereka sehinggalah bunyi petikan gitar yang luar biasa dari JOE Branko yang membuatkan peminat seolah olah bermeditasi mendengar bunyi petikan gitar tersebut.

Suasana kembali ‘havoc’ dengan lontaran vokal Muss bersama peminat yang turut sama melagukan Keris Tak Bersarung, Sakit Bantal Empuk dan Biru Mata Hitamku yang sekaligus dan Barbarik berundur seketika.

Search mengambil ‘tahta’ menjadi raja dengan Di Pintu Sepi, Emanuelle, Pembakar Perasaan, Asli dan Tulus, Metropolitan, Rock n Roll Pie dan Pelesit Kota.  Tidak perlu di pertikai kewibawaan Search yang sudah membuktikan bahawa ‘mereka’ adalah Rock n Roll.  Seleksi lagu yang cukup dekat dengan jiwa peminat rock sebenar.

‘Pertarungan’ antara Minn dan Ainol pastinya membangkitkan semangat membara, dentuman paddle silih berganti  antara snare dan tom tom memberikan warna dalam muzik.  Masing-masing punya ke’ego’an demi memastikan rencah dan acuan rock n roll itu sempurna.

Padamkan Lampu Tidurmu, Gadisku, Inspirasi Syakilla, Gadis Misteri pula menyaksikan lembaran duet Barbarik dan Search  kemudiannya berkesinambungan dengan Kejora dan Blues Ular Sawa yang melengkapkan versi akustik.  Sebuah lagu yang rasanya tidak pernah di persembahkan kepada umum, Mencari seolah-olah memberi ‘petanda’ positif kemanakah arah tuju sebenar.

Tanpa Gemuruh pastinya jenama Double Trouble itu tidak menepati piawaian konsert yang menjenamakan ‘Double Trouble’ itu sendiri.  Ternyata klimaks kepada konsert itu sudah berada di puncak sementelah melihat  wajah wajah peminat yang cukup puas namun ianya dilengkapi dengan Pasti yang menutup tirai Konsert Double Trouble 2 yang berdurasi hampir 3 jam.

Tatarias pentas yang tersergam luas memberikan pengalaman serta kebebasan pengkarya untuk memaksimakan pergerakkan apatah lagi ianya dilatari dengan ratusan cahaya yang menerangi serta menghidupkan sesebuah konsert.  Inilah ‘warna’ yang ingin di lihat serta disenyawakan dengan sistem bunyi yang melengkapi ‘nafsu’ telinga selain untaian lirik dan melodi yang diterjemahkan secara kolektif.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat