PPD Perak Edar Surat Persediaan Hadapi PRU15

- Advertisement -

Cyberjaya – Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Negeri Perak dilaporkan telah mengedarkan surat bagi mempelawa kakitangan yang berminat untuk bertugas di pusat pembuangan undi.

Melalui tangkap skrin atau screenshoot surat yang dikirimkan kepada SuaraTV itu, PPD dilihat menawarkan beberapa jawatan kepada semua Sekolah Daerah Larut Matang dan Selama.

“Sukacita dimaklumkan Pejabat Pilihan Raya Negeri Perak sedang membuat persedian awal bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Justeru Majlis Perbandaran Taiping ingin memperlawa kakitangan tuan/puan untuk bertugas di tempat-tempat mengundi bagi kawasan Parlimen Taiping P060 yang meliputi Dewan Undangan Negeri Kamunting (N16), Pokok Assam (N17) dan Aulong (N18), memetik kenyataan surat tersebut.

Antara jawatan yang ditawarkan ialah Penyelia Pusat Mengundi, Ketua Tempat Mengundi, Kerani Pengundian/ Mengira Undi, Kerani Penyemak Daftar Pemilih dan Pemandu Arah Pusat Mengundi.

PRU15, PRN Sabah, Sarawak Serentak

Terdahulu sumber SuaraTV melaporkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka akan mengumumkan pembubaran Parlimen dalam masa terdekat.

Menurut sumber tersebut ia bagi membolehkan PRU15 di jalankan serentak dengan pilihan raya negeri (PRN) Sabah dan Sarawak.

“Pelbagai kemungkinan sedang di ambil kira dan perbincangan mengenainya juga telah dijalankan dengan parti-parti politik yang pro kerajaan.

“Antara yang dibincangkan sebelum ini, kebolehupayaan SPR mengendalikan PRU15 sekaligus mengawal penularan wabak Covid19,” katanya Selasa lalu.

Sumber yang enggan mendedahkan identitinya itu turut berkata keputusan untuk mengadakan PRU15 itu sedang berada di peringkat akhir.

“Insyallah sekiranya semua berjalan dengan lancar, PM akan mengadap YDP Agong dalam masa terdekat bagi memohon perkenan Baginda untuk membubarkan parlimen,” katanya lagi.

Untuk rekod tempoh tamat penggal Parlimen ke-14 hanya pada 16 September 2023 nanti.

Manakala tempoh akhir untuk mengadakan PRN ke-12 Sarawak ialah pada Julai 2021.

Sementara itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiyuddin Hassan pada Jun berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya telah bersedia menghadapi kemungkinan berlakunya PRU-15 pada bila-bila masa.

Menurut Takiyuddin SPR juga telah membuat persediaan dan perancangan menyeluruh merangkumi aspek keperluan bajet pilihan raya, peralatan, logistik, pembangunan sistem, pengurusan sumber manusia dan latihan kepada petugas.

PN Dihujung Tanduk

Pilihanraya umum ini dikatakan terpaksa diadakan lebih awal kerana, sekiranya berlaku sedikit perubahan sokongan ahli parlimen, kerajaan pimpinan Muhyiddin bakal tumbang pada bila-bila.

Kegagalan mendapatkan undi bagi meluluskan sebarang rang undang-undang kerajaan di Dewan Rakyat juga akan memberi isyarat bahawa Muhyiddin tidak lagi menikmati sokongan majoriti.

Beberapa penganalisa politik sebelum ini turut menyifatkan kerajaan Pakatan Nasional (PN) diibaratkan sebagai ‘dihujung tanduk’ kerana hanya mempunyai majoriti dua kerusi parlimen.

Menurut Pensyarah Kanan, Pusat Kajian Media dan Komunikasi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Ahmad Sauffiyan Hassan, indikator utama yang menunjukkan PRU15 semakin jelas kelihatan apabila kerajaan berjaya mengawal ancaman wabak Covid-19.

Beliau berkata, jika prosedur operasi standard (SOP) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, Pahang sebelum ini dapat dipatuhi dan berkesan, sudah pasti SOP sama akan digunakan pada PRU15. – SuaraTV

Klik:PRU15 Diadakan Serentak Dengan PRN Sabah, Sarawak Kata Sumber

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat