IPT Berperanan Semai Rukun Negara

Kerajaan Timbang Beri Permit Kerja Sementara Kepada PATI – PM

MUAR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan sedang mempertimbang untuk memberi permit kerja sementara kepada pekerja asing tanpa izin yang berada...

Parti Pejuang Perlu Sabar, Putra Tunggu 9 Bulan Untuk Diluluskan – Borhan Zakaria

KUALA LUMPUR – Bukan mudah mendapatkan kelulusan untuk menubuhkan sesebuah parti politik, kata Setiausaha Agung Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Borhan Zakaria. Beliau berkata, sejarah...

Mahathir sengaja komen kontroversi untuk tarik perhatian rakyat Malaysia

Kuala Lumpur - Kenyataan kontroversi bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung konflik keagamaan di Perancis disifatkan sebagai sengaja untuk menarik perhatian masyarakat...

Rais Yatim Perlu Hormati Keputusan Yang Di Pertuan Agong – Ahli MT UMNO

CYBERJAYA - Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Razlan Raffi meminta Speaker Dewan Negara, Rais Yatim menghormati keputusan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda...

Pendaftaraan Pejuang lewat kerana dokumen tidak lengkap kata ROS

Kuala Lumpur - Permohonan pendaftaran Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) belum diselesaikan sepenuhnya berdasarkan semakan permohonan pendaftaran dalam sistem eROSES sehingga semalam. Jabatan Pendaftaran Pertubuhan...
Oleh :
Noor Mohamad Shakil Hameed

Tahun ini kita menyambut ulang tahun ke-50 Rukun Negara yang telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 iaitu setahun selepas tragedi berdarah 13 Mei 1969.

Rukun Negara dirangka hasil rundingan oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang mendukung lima prinsip sebagai tiang seri dan panduan hidup masyarakat majmuk negara ini iaitu, kepercayaan kepada Tuhan, kesetiaan kepada raja dan negara, keluhuran Perlembagaan, kedaulatan undang-undang dan kesopanan dan kesusilaan.

Kelima-lima prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara ini sepatutnya menjadi panduan hidup masyarakat majmuk negara ini. Hal ini kerana kita belajar tentang Rukun Negara sejak di bangku sekolah lagi, malah ia tercacat di halaman belakang buku tulis sehingga ke hari ini agar anak-anak dapat sentiasa membaca dan menghayati semangat dan roh yang dibawa oleh Rukun Negara ini.

Namun, cuba kita tanya diri masing-masing, apakah setiap seorang daripada kita sedang menghayati dan mengamalkan sepenuhnya kelima-lima prinsip Rukun Negara tersebut dalam kehidupan seharian?

Ancaman perpaduan

Apapun jawapan kita, elok kita menelusuri sebentar senario semasa yang berlaku dalam masyarakat kita yang pada hari ini kita dapat lihat segelintir anggota masyarakat sudah mula mencetuskan pelbagai konflik sehingga menggusarkan semua pihak. Hakikatnya, provokasi perkauman yang menebal dalam segenap aspek kehidupan baik ekonomi, sosial mahupun politik mula mengancam jambatan perpaduan yang telah dibina oleh generasi terdahulu.

Ringkasnya, kita mula melihat dan mengupas semua perkara yang berbangkit dalam konteks perkauman. Walaupun secara zahirnya kelihatan tahap perpaduan berada dalam keadaan yang baik dan terkawal namun kualiti tahap perpaduan itu dilihat semakin merosot. Perpaduan yang ada pada hari ini misalnya boleh dikatakan jauh lebih rendah kualitinya berbanding tahap perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang agama dan kaum ketika negara mencapai kemerdekaan.

Perpaduan hari ini lebih berbentuk aksesori luaran dan mengikut keperluan sahaja. Akibatnya ramai yang menggambarkan tahap perpaduan pada hari ini hanya senipis kulit bawang dan kita hanya memerlukan sedikit saja provokasi untuk mencetuskan ketegangan dan konflik perkauman.

Jati diri anak muda

Ini satu situasi yang tidak sepatutnya berlaku dalam masyarakat kita yang seharusnya sudah matang berhadapan dengan ancaman seperti ini. Namun sedihnya ia terus berlaku dan cukup membimbangkan.

Justeru, generasi muda yang ada perlu terus dididik agar memahami semangat dan roh yang dibawa oleh Rukun Negara. Dalam konteks ini kita percaya institut pengajian tinggi (IPT) yang menjadi platform pembentukan jati diri belia serta melahirkan para cendekiawan boleh memainkan peranan yang besar.

Ringkasnya, kelompok mahasiswa IPT perlu dijadikan golongan sasaran yang boleh membentuk masa depan dan identiti masyarakat majmuk negara ini.

Peranan IPT

Dalam konteks ini, golongan belia yang berada di menara gading perlu diterapkan lagi kepentingan untuk memahami dan menghayati semua prinsip Rukun Negara agar kita dapat membina sebuah generasi masa depan yang bersatu padu dan mampu kalis provokasi perkauman.

Tanggungjawab besar ini perlu dipikul oleh semua IPT baik awam mahupun swasta. Tuntasnya, IPT perlu berperanan sebagai platform untuk terus menyemai dan menyuburkan semangat dan roh Rukun Negara ke dalam sanubari setiap anak muda negara ini.

Bagi merealisasikan peranan dan tanggungjawab ini, bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-50 Rukun Negara, semua IPT wajar melaksanakan pelbagai program dan aktiviti yang menjurus ke arah penghayatan terhadap semua prinsip Rukun Negara.

Ancaman wabak COVID-19 tidak wajar dijadikan alasan untuk tidak melaksanakan sebarang program kerana dalam norma baharu kita perlu lebih kreatif dan mencari idea di luar kotak untuk menyebarluaskan penghayatan Rukun Negara ini.

Misalnya, IPT boleh mengadakan beberapa program bagi mendukung kempen penghayatan Rukun Negara melalui aktiviti seperti, pembacaan ikrar Rukun Negara, pertandingan pidato atau debat Rukun Negara, pertandingan video pendek serta pertandingan menulis esei Rukun Negara.

Semua aktiviti ini boleh dilaksanakan secara dalam talian tanpa perlu menganjurkan sebarang perhimpunan atau majlis membabitkan peserta yang ramai. Malah IPT juga boleh menerbitkan video pendek tentang Rukun Negara yang boleh melibatkan pelajar dan warga IPT yang boleh ditonjolkan sebagai ikon Rukun Negara IPT masing-masing.

Secara prinsipnya banyak aktiviti boleh dianjurkan bagi menyokong kempen penghayatan Rukun Negara ini. Walau apapun aktiviti yang dianjurkan, matlamat utama di sini ialah bukan untuk lihat siapa yang menang pertandingan tetapi perlunya ada usaha berterusan untuk memupuk dan mendidik golongan belia atau mahasiswa agar dapat menghayati Rukun Negara ini.

Penulis percaya jika IPT boleh menyuburkan Rukun Negara ke dalam diri setiap mahasiswa, kita mampu melahirkan sebuah generasi yang akan menjadi warganegara yang sayang dan cintakan agama, bangsa dan negara. Hal ini sangat signifikan kerana mahasiswa ini tidak lama lagi akan keluar dari dunia kampus dan mula memasuki dunia kehidupan yang sebenar. Pada ketika itulah kita mengharapkan mereka akan berpaut kuat kepada lima prinsip Rukun Negara ini sebagai panduan kehidupan mereka di negara ini.

Pupuk semangat patriotik, hayati Rukun Negara

Ironinya, semangat patrotisme tidak boleh diterap dalam sekelip mata sebaliknya ia memerlukan satu proses pendidikan yang teratur agar sifat patriotik yang berputik itu ikhlas, jujur dan tulen. Sesungguhnya negara ini memerlukan anak muda yang kalis provokasi perkauman agar kita dapat memberi perhatian kepada usaha untuk memajukan rakyat dan membangunkan negara dengan semangat jati diri yang kuat dan kental. Ini dapat dicapai jika anak muda negara ini betul-betul memahami dan menghayati kepentingan Rukun Negara.

Semoga IPT dapat menjadi komponen penting dan platform terbaik untuk menyemai dan memupuk semangat serta roh Rukun Negara ke dalam sanubari setiap mahasiswa yang ada di kampus. Ingat, mahasiswa inilah harapan masa depan rakyat dan negara.

— BERNAMA

Noor Mohamad Shakil Hameed merupakan Timbalan Pengarah Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan penganalisis isu semasa

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Muhyiddin Pertimbang Letak Jawatan?

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan memanggil menteri kabinet ke rumahnya malam ini bagi membincangkan keputusan Yang Di-Pertuan Agong menolak cadangan kabinet...

Yang Di-Pertuan Agong Tolak Cadangan Darurat

Kuala Lumpur – Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menolak cadangan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk...

Darurat Politik: Agong Belum Perkenan, Suruh PM Balik Dulu

CYBERJAYA -  Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah belum memberi sebarang perkenan atas apa-apa cadangan Mesyuarat Khas Kabinet pagi tadi termasuk...

Berita Berkaitan

5 Masalah Yang Biasa Timbul Selepas Beli Komputer Riba

Di pasaran pada ketika ini, terdapat banyak jenama yang menawarkan komputer riba berkualiti di pasaran dengan pelbagai spesifikasi dan reka bentuk. Sebagai pembeli yang mungkin...

Apple iPhone 12 Dan 12 Pro Bakal Ditawarkan Di Malaysia Bermula 13 November

Mulai diumumkan pada atur cara rasmi pada 14 Oktober lalu, orang ramai nampaknya sudah tidak sabar untuk menjadi yang terawal mendapatkan model terbaru daripada...

DJ Lin masuk hospital

KUALA LUMPUR: Selepas hampir dua minggu berdepan keadaan kesihatan tidak menentu akhirnya penyampai radio Suria FM, DJ Lin terpaksa menyerah kalah dan dimasukkan ke...