Debat Tabung Haji, Azeez Cadang 14 Ogos Ini

- Advertisement -

Cyberjaya – Bekas Pengerusi Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim mencadangkan 14 Ogos ini sebagai tarikh debat antara beliau dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.

Ahli parlimen Baling itu turut meminta penganjur untuk mengantikan program debat tersebut dengan muzakarrah.

“Maka saya telah mencadangkan tarikh 14 haribulan Ogos 2020, bersamaan 24 Zulhijjah 1441H untuk program tersebut diadakan.

“Namun saya memohon kepada pihak penganjur agar menukar program tersebut kepada program “muzakarah” berbanding program debat demi redha daripada Allah swt,” katanya melalaui laman Facebook sebentar tadi.

Abdul Azeez turut mengesa agar Mujahid berhenti dari terus mengaib dan menghina dirinya.

“Saya menyarankan kami masing-masing mengeluarkan pendapat dengan ilmiah untuk dikongsikan ilmu-ilmu tersebut kepada orang ramai.

“Dan saya pohon pada YB Parit Buntar agar hentikan pengaiban dan hinaan kepada saya, bekas Menteri dan pengurusan tertinggi Tabung Haji sebagaimana sebelum ini malahan baru-baru ini pun kata-kata yang mengaibkan telah dikeluarkan dengan sengaja oleh beliau.

“Dan bertepatan dengan konsep “Rahmatan Lilalamin” yang sentiasa disebutkan oleh YB Parit Buntar maka di pihak kami tidak mungkin kami akan menghina, memalukan dan mengaibkan beliau sebagaimana nasib yang menimpa kami,” tegasnya lagi.

Pada 21 Julai lalu, Mujahid mencabar Abdul Azeez untuk berdebat mengenai kedudukan institusi kewangan yang menguruskan dana umat Islam itu dan dakwaan-dakwaan perkembangan TH sewaktu pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Naib Presiden (Amanah) itu berkata, pihaknya tiada masalah untuk menjemput Abdul Azeez membentangkan segala fakta dan dakwaan dalam perdebatan itu nanti.

Katanya, beliau mahu berdebat secara terbuka dengan Abdul Azeez selepas Ahli Parlimen Baling itu galak mencelah ketika beliau berucap di Parlimen pada 15 Julai lalu.

Abdul Azeez kemudiannya menyahut cabaran tersebut namun ditolak oleh Mujahid kerana mendakwa SuaraTV selaku penganjur adalah media yang memihak kepada UMNO.

Mujahid seterusnya mengeluarkan kenyataan hanya ingin berdebat sekiranya ia dianjurkan oleh Sinar Harian.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat