Badminton Remaja Allianz Dijangka Tarik Penyertaan Lebih 2,500 Bakat Muda

- Advertisement -

PETALING JAYA – Kejohanan Badminton Remaja Allianz (AJBC) 2023 yang bakal membuat kemunculan di Sabah, Sarawak dan Pahang tahun ini dijangka menarik lebih 2,500 bakat muda, 500 lebih ramai berbanding tahun lalu.

Dengan mendapat sokongan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM), AJBC yang diperkenalkan pada 2022 akan berlangsung di 10 lokasi bermula Julai hingga November ini.

Pusingan kelayakan berlangsung selama tiga hari dengan perlawanan akhir selama empat hari dijadualkan berlangsung dari 16 hingga 19 November di Stadium Juara, Bukit Kiara.

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Berhad, Sean Wang gembira dengan kembalinya pertandingan yang akan menampilkan tiga lokasi baru itu.

“Susulan kejayaan tahun lepas dalam menarik bakat muda di seluruh negara, kami bersiap sedia untuk membawa AJBC ke peringkat lebih tinggi bagi kejohanan tahun ini,” kata Sean.

“Kami gembira dapat mengadakan pusingan kelayakan Kelayakan di Sabah, Sarawak dan Kuantan, yang akan memberi peluang kepada lebih ramai pemain muda untuk bersaing dalam pertandingan peringkat kebangsaan.

“Kami berharap AJBC terus mencungkil bakat badminton terpendam dan mungkin juga menyumbang ke arah melahirkan bintang masa depan.”

AJBC akan menampilkan empat acara iaitu perseorangan lelaki, beregu lelaki, perseorangan wanita, dan beregu wanita dalam kategori bawah 13 (B-13) tahun dan B-15.

Pemenang perseorangan dan beregu dalam perlawanan akhir akan menerima RM1,000 dan RM1,200 manakala pemenang di semua 10 pusingan Kelayakan akan membawa pulang RM500 dengan juara beregu memperolehi RM600. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat