Ismail Sabri Timbalan Perdana Menteri, Hishamuddin Menteri Kanan?

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin, dijangka mengumumkan pelantikan Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Dalam rombakan terbaharu dijangkakan Menteri Luar Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien akan dilantik sebagai Menteri Kanan bertanggungjawab menguruskan Pelan Pemulihan Negara.

Bagaimanapun tidak jelas sama ada rombakan ini membabitkan pengguguran anggota kabinet dan pelantikan baharu atau hanya merupakan perubahan potfolio dalam kalangan anggota kabinet sedia ada.

Terdapar juga khabar angin bahawa beberapa pemimpin kanan UMNO akan turut dibawa menyertai rombakan kabinet ini.

Pelantikan ini berikutan permintaan 35 Ahli Parlimen Barisan Nasional yang telah berikrar untuk kekal dengan Kerajaan Perikatan Nasional sehingga akhir penggal.-SuaratV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat