Penternak Jamin Masalah Bekalan Ayam Selesai Dalam Tempoh Sebulan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Persekutuan Persatuan-persatuan Peternak Malaysia (FLFAM) memberi keyakinan masalah bekalan ayam akan dapat diselesaikan dan mencukupi bagi memenuhi permintaan pasaran.

Dalam kenyataan hari ini, FLFAM berkata, susulan momentum pemulihan pengeluaran pihak peternak menjangkakan jurang bekalan- permintaan akhirnya akan pulih dan bekalan sepatutnya akan memenuhi permintaan dalam masa sebulan.

“Industri ternakan ayam juga dibebani oleh kekurangan tenaga buruh.

“Kos bahan mentah makanan ayam yang diimport juga telah meningkat sekurang-kurangnya 40 peratus dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan harganya tidak turun.

“Oleh yang demikian, industri ternakan ayam menghadapi peningkatan kos pengeluaran
Kami yakin masalah bekalan ayam akan dapat diselesaikan dan mencukupi untuk memenuhi permintaan pasaran,” katanya pada Selasa.

FLFAM memaklumkan berdasarkan analisis daripada data Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) menunjukkan bahawa sepanjang 15 tahun yang lalu, pertumbuhan pengeluaran ayam pedaging secara purata adalah sekitar 5 peratus setiap tahun.

Menurutnya hanya terdapat penurunan pengeluaran pada tahun 2019 dan 2020 disebabkan oleh pandemik Covid-19

“Semasa pandemik, pengeluaran telah menurun tetapi selepas pandemik Covid-19, terdapat pemulihan positif dalam pengeluaran hampir 3 peratus pada tahun 2022.

“Peningkatan 1.16 peratus dalam pengeluaran dari 2021 hingga 2022; peningkatan 2.98 peratus dalam pengeluaran daripada 2021,” jelasnya.

Sementara itu, FLFAM menambah, data menunjukkan bahawa pengeluaran telah pun pulih pada tahun 2021 dan meningkat pada tahun 2022.

Oleh itu, katanya, pengeluaran ayam kini dalam pemulihan dan bekalan semakin meningkat.

“Walau bagaimanapun, permintaan terhadap ayam melonjak dengan cepat selepas pemulihan dari pandemik.

“Peningkatan pengeluaran mengambil masa kerana ladang perlu memulakan penternakan ayam pedaging daripada anak ayam (day-old chicks) – kadar permintaan yang tinggi selepas wabak itu tidak dijangka.

“Lonjakan permintaan yang tidak seimbang ini menimbulkan kesan kekurangan walaupun pengeluaran meningkat,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat