THQ Esport Club Anjur Kejohanan Mobile Legend Sempena PKP

- Advertisement -

CYBERJAYA – THQ Esport Club akan menganjurkan Kejohanan Mobile Legend Bang Bang THQ Stay At Home dengan hadiah terkumpul bernilai RM10,000.

Menurut Pengasas dan Pengurus THQ, Aimanhaq Zaharudin, kejohanan ini merupakan tanda sokongan THQ Esports Club terhadap usaha kerajaan dalam memastikan seluruh rakyat negara ini terus kekal berada di rumah dan mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Dengan penganjuran kejohanan secara atas talian selama dua hari, diharap dapat membantu kerajaan memastikan usaha mengekang penularan pandemik COVID-19 dapat dilakukan dengan berkesan.”

Kejohanan ini turut dijayakan bersama oleh La Crista Hotel, Melaka dan PennaWrites Academy selaku penaja utama.

Aiman turut memberitahu “tiada yuran penyertaan dikenakan kerana  ia bagi membantu usaha Kerajaan untuk Stay at Home sempena “Total Lockdown” atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang bermula 1-14 Jun 2021.”

Lapan pasukan terbaik dari pusingan kelayakan akan layak ke pusingan Playoff yang dijadualkan berlangsung pada 11 Jun sehingga 13 Jun.

Kejohanan ini telah merima sambutan amat menggalakkan dengan penyertaan seramai 256 pasukan dan jumlah peserta yang melangkaui 1500 orang.

Penyertaan yang dibuka pada awal minggu lalu terpaksa ditutup selepas sehari dibuka.

Bagi yang tidak berpeluang menjadi peserta, anda boleh mengikuti kejohanan ini secara virtual di facebook rasmi Team Haq Esports Club.

Objekif utama THQ dan penaja adalah untuk bersama-sama Kerajaan mengajak anak muda, belia dan masyarakat untuk kekal berada di rumah dan mengisi keluangan masa dengan aktiviti yang bermanfaat.

Bersama kita kekal di rumah untuk membantu negara mengekang penularan Pandemik COVID-19.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat