DUN Sarawak: Status ADUN Kekal

- Advertisement -

KUCHING: Susulan lanjutan tempoh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, wakil rakyat akan kekal sebagai ahli sehingga ia dibubarkan.

Menjelaskan persoalan itu, Speaker DUN Sarawak, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar berkata ia diperuntukkan dalam Perkara 18(1) Perlembagaan Negeri Sarawak.

“Perkara 18(1) Perlembagaan Negeri Sarawak, dengan jelas memperuntukkan bahawa seorang ahli dewan undangan negeri (ADUN) akan kekal sebagai ADUN sehinggalah DUN Sarawak dibubarkan.

Memandangkan perintah pengisytiharan darurat masih berkuat kuasa dan peruntukan-peruntukan pembubaran DUN telah digantung dan tidak mempunyai kesan oleh Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021, maka kesannya adalah pelantikan ADUN tidak akan tamat pada 6 Jun 2021,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Ia sekali gus menjawab persoalan yang dibangkitkan pelbagai pihak mengenai status kedudukan ADUN di Sarawak selepas 6 Jun 2021.

Mengulas lanjut, kata Mohamad Asfia ia akan kekal sehingga terbubarnya DUN melalui pengisytiharan Yang di-Pertuan Agong di bawah Seksyen 15 atau selepas 1 Ogos 2021 iaitu tarikh tamatnya darurat tersebut.

Selepas tarikh itu, beliau menjelaskan sekiranya perintah darurat tidak disambung, pilihan raya negeri perlu diadakan selaras dengan kehendak Perkara 21(4), Perlembagaan Negeri Sarawak dalam tempoh 60 hari dari tarikh tamatnya darurat pada 1 Ogos 2021.

Tempoh penggal lima tahun DUN Sarawak tamat hari ini namun pembubaran digantung susulan proklamasi darurat akibat pandemik COVID-19.

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,540FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat