Kilang Buang Semua Kit Ujian Covid-19 Gara-Gara Tindakan Donald Trump

- Advertisement -

Sebuah kilang pembuatan ujian swap koronavirus terpaksa membuang keseluruhan kit pengeluarannya selepas Donald Trump melakukan lawatan tanpa memakai topeng muka dan memasukkan peralatan itu ke dalam hidungnya.

Produk Perubatan Puritan di Gulford, Maine, terpaksa membuang kit ujian swab Covid-19 yang dihasilkannya selepas kunjungan Trump pada Jumaat.

Trump turut melawat ke kilang tersebut tanpa memakai topeng mulut dan pakaian perlindungan diri (PPE).

Semasa kunjungan itu dia berkata:”Saya tidak patut beritahu kamu mengenai perkara ini, tetapi saya menggunakannya setiap hari.”

Puritan tidak mendedahkan berapa banyak kit yang dibuang kerana bimbang peralatan itu mungkin tercemar.

Namun jurucakap Puritan memberitahu USA Today bahawa kilang tersebut menghasilkan pengeluaran terhad pada Sabtu.

Puritan adalah salah satu pengeluar peralatan ujian koronavirus terkemuka di dunia dan akan membuka kilang yang diperluas bulan depan bagi membolehkannya menghasilkan 45 juta kit tersebut sebulan. – Metro.co.uk

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat