KUALA LUMPUR – Lajnah Penerangan Pas Pusat tampil membawa satu langkah besar melalui Akademi Influencer Pas 2026 yang bakal melatih seramai 140 influencer terpilih untuk menjadi barisan hadapan penerangan parti dan rakyat.
Ketua Penerangan Pas Ahmad Fadhli Shaari memaklumkan, akademi ini bukan sekadar kelas media sosial biasa sebaliknya, ia adalah medan melahirkan influencer yang mempunyai fikrah yang tulen, kefahaman perjuangan yang jitu serta kompetensi media yang ampuh dalam mempertahankan Pas dan Perikatan Nasional (PN) daripada serangan politik pelbagai sudut.
“Bukan sekadar influencer… tetapi pejuang penerangan umat dan rakyat.”
“Dalam dunia hari ini, perang persepsi berlaku setiap hari.
“Fitnah disebar sepantas cahaya. Naratif dimanipulasi tanpa sempadan,” kata Ahli Parlimen Pasir Mas itu.
Menurut Fadhli lagi, peserta akan melalui 4 fasa intensif selama 6 bulan, bermula dengan Kem Fikrah Influencer yang memfokuskan pembinaan pemikiran, disiplin perjuangan dan kemahiran media moden agar lahir generasi penerangan yang bukan hanya bijak bercakap, tetapi faham arah perjuangan.
“Sepanjang program, semua gerak kerja media sosial dan media konvensional peserta akan dipantau dan dibimbing secara profesional bagi memperkukuhkan kaedah penyampaian yang lebih segar, unik dan dekat dengan jiwa rakyat.
“Para peserta juga akan turun sendiri bersama Ahli Parlimen dan Adun Pas serta PN untuk melihat secara langsung bagaimana pemimpin membawa solusi, menyelesaikan masalah rakyat dan memperjuangkan isu di lapangan sebenar.
“Bukan itu sahaja, peserta turut akan melaksanakan Projek Rakyat di lokasi terpilih bagi mendalami denyut nadi masyarakat dan memahami hakikat sebenar kehidupan rakyat sebelum membawa suara mereka ke medan media.
“Hanya peserta yang benar-benar melepasi setiap ujian dan fasa latihan akan diraikan dalam Majlis Graduasi sempena Muktamar Pas Pusat,” tegas Fadhli.
Beliau mengingatkan, kini masanya untuk anda menjadi sebahagian daripada gelombang penerangan baharu.
“Membawa berita yang benar dan sahih. Menjawab fitnah dengan fakta.
“Mempertahankan kebenaran dengan ilmu dan hikmah.
“Tarikh tutup penyertaan: 28 Mei 2026 dengan yuran penyertaan (6 bulan): RM308
” Berminat? Hubungi nombor yang tertera atau klik pautan pendaftaran sekarang. Mari bersama kami membentuk Malaysia yang lebih sejahtera,” seru beliau.
Zainab (+60 13-951 2982)
Pautan Pendaftaran:
https://forms.gle/iZgJvEb19QuK4q7d9



