Kerajaan Selangor alami ‘denial syndrome’ konon sifar miskin tegar – Azmin

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyelar Kerajaan Negeri pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari yang didakwa terlalu teruja mengumumkan peratusan sifar atau noktah miskin tegar di Selangor adalah sangat tidak tepat sekali gus memperlihatkan sifat ‘denial syndrome’ kerajaan negeri itu.

Adun Hulu Kelang itu menegaskan, data pentadbiran dari Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan bahawa masih ramai rakyat yang hidup susah dan miskin tegar.

“Pada tahun 2024, terdapat 21,997 ketua isi rumah berdaftar dengan eKasih, bukannya sifar – menunjukkan masih ramai keluarga di Selangor hidup susah.

“Malah, bilangan ini telah bertambah berbanding tahun 2023 (17,485 ketua isi rumah). Selain itu, bilangan penerima bantuan kewangan JKM di Selangor juga masih ramai; 59,731 orang pada tahun 2024. Adakah ini menunjukkan sudah tiada orang miskin di Selangor? soal Azmin.

Beliau berkata demikian menjunjung kasih di atas titah pandanganSultan Selangor semalam berhubung isu kemiskinan di Negeri Selangor.

Katanya, merujuk data Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi tahun 2025, Baginda menegaskan bahawa masih terdapat pertambahan kemiskinan baharu di Selangor iaitu seramai 14,000 keluarga fakir dan miskin.

“Sesungguhnya, titah Tuanku berhubung pertambahan bilangan asnaf fakir dan miskin telah menegaskan bahawa isu kemiskinan gagal ditangani dengan bertanggungjawab oleh Kerajaan Negeri Selangor.

“Apatah lagi dalam suasana ketidaktentuan ekonomi hari ini, lantas Tuanku memberi pencerahan bahawa status asnaf ditentukan melalui pengiraan had kifayah – garis kecukupan minimum bagi keperluan asasi individu dan tanggungannya berdasarkan kos sara hidup semasa.

“Realiti ini sama sekali tidak selari dengan maklum balas Menteri Besar Selangor kepada Perdana Menteri pada minggu lalu bahawa kemiskinan tegar di Selangor telah dinoktahkan hasil pelaksanaan pelbagai inisiatif pembasmian kemiskinan yang berkesan.

“Sebuah kerajaan yang bertanggungjawab seharusnya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan dan meneliti setiap laporan dengan lebih terperinci bagi menggubal perancangan dan langkah intervensi yang strategik.

“Kenyataan yang tidak tepat akan membentuk persepsi yang salah dalam masyarakat seterusnya menghasilkan sebuah perancangan yang tidak bertepatan dengan realiti semasa,” bidas Azmin.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat