Bakal Haji Pahang Terima RM500

- Advertisement -

KUANTAN – Kira-kira 2,000 bakal haji dari Pahang menerima sumbangan RM500 setiap seorang dari kerajaan negeri.

Sumbangan itu adalah inisiatif kerajaan negeri melalui Bantuan Prihatin Pahang (BPP) kluster jemaah haji yang diperkenalkan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Penyampaian sumbangan itu dilakukan Wan Rosdy selepas merasmikan Kursus Perdana Haji dan Penyampaian Bantuan Haji Peringkat Pahang di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, di sini, hari ini.

Beliau ketika ditemui media selepas majlis itu berkata, sumbangan kepada bakal haji oleh kerajaan negeri akan diteruskan pada tahun akan datang.

“Kita pastikan kedudukan kewangan kita dan kita bermula dengan RM500, lazimnya apa yang kita buat (sebelum ini), kita akan teruskan.

“Untuk bantuan (BPP) kali ini, kerajaan negeri memperuntukan sejumlah RM1 juta bagi bakal haji dari Pahang.

” Selain sumbangan (wang tunai) ini, kita juga membekalkan mereka (bakal haji) dengan pek makanan segera, setiap jemaah akan menerima tiga set menu antaranya ayam masak kurma,” katanya.

Bagi penyediaan pek makanan ini, kerajaan Pahang memperuntukan RM84,000.

Beliau turut berharap semua bakal haji dari Pahang dapat menunaikan ibadat itu dengan selamat dan diberikan kesihatan yang baik sepanjang berada di Tanah Suci.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat