Pahang peruntukan RM8.9 Juta untuk BPP Kluster Siswa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan Pahang menerusi Yayasan Pahang (YP) memperuntukan RM8.9 juta untuk Bantuan Prihatin Pahang Kluster Siswa.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail ketika Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama Mahasiswa Anak Pahang (MAMPAN).

Menurut Wan Rosdy, menerusi Bantuan Prihatin Pahang ini, Kerajaan Negeri menyalurkan bantuan berjumlah RM300 kepada setiap mahasiswa.

“Saya menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama Mahasiswa Anak Pahang (MAMPAN) dan seterusnya melancarkan Bantuan Prihatin Pahang Kluster Siswa di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, hari ini.

“Seramai lebih 2,000 anak-anak Pahang yang sedang menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara kecuali Sabah dan Sarawak hadir memeriahkan majlis ini yang dianjurkan oleh Yayasan Pahang.

”Menerusi Bantuan Prihatin Pahang ini, Kerajaan Negeri menyalurkan bantuan berjumlah RM300 kepada setiap mahasiswa yang melibatkan implikasi kewangan RM8.9 juta.” Jelas Wan Rosdy menerusi Facebooknya.

Wan Rosdy berharap anak-anak mahasiswa ini belajarlah dengan bersungguh-sungguh sehingga tamat pengajian dan seterusnya dapat menyumbangkan bakti untuk keluarga, negeri dan juga negara.

”Sesungguhnya saya berasa cukup gembira apabila dapat meraikan Aidilfitri dan berdialog bersama dengan mereka.

“Saya berharap anak-anak mahasiswa ini belajarlah dengan bersungguh-sungguh sehingga tamat pengajian dan seterusnya dapat menyumbangkan bakti untuk keluarga, negeri dan juga negara.” Katanya. SUARATV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat