Speaker Tolak Usul Shafie Afdal

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof menolak usul Ahli Parlimen Semporna Shafie Apdal untuk memulakan usul undi percaya terhadap Ahli Parlimen Langkawi Dr Mahathir Mohamad.

“Saya telah meneliti usul yang dikemukakan oleh YB Datuk Seri Panglima (Shafie Apdal) serta perincian penjelasannya.

“Berdasarkan penjelasan yang dinyatakan dalam usul tersebut, saya rnendapati ia adalah tidak selari dengan Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan kerana ia mempertikai kuasa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam urusan pelantikan jawatan YAB Perdana Menteri.

“Oleh yang demikian, saya tidak membenarkan usul YB Datuk Seri Panglima ini dibawa ke dalam Majlis Mesyuarat,” katanya melalui satu surat maklumbalas.

Surat yang bertarikh 5 Mei itu dialamatkan kepada Shafie sebagai balasan kepada notis sebelum itu yang dihantar oleh wakil rakyat dari Warisan itu, untuk membawa usul percaya berkenaan.

Terdahulu Shafie mrmbawa usul bagi membuktikan Mahathir mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

“Selanjutnya, dengan niat tidak bertentangan kepada Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan iaitu kuasa melantik seorang perdana menteri oleh Yang Di-Pertuan Agong, usul ini dizahirkan melalui Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat (Parlimen Malaysia) ini sebagai penzahiran akan perkara ini kepada seluruh rakyat jelata dan juga sebagai sembah maklum kepada Yang Di-Pertuan Agong/Istana Negara,” katanya memetik kenyataan di dalam surat tersebut.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat