Program Kongsi Rezeki Ramadan, Ismail Sabri santuni anak yatim

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Rumah Amal Asnaf Al-Barakh hari ini menerima sumbangan barang keperluan dan wang tunai melalui Program Kongsi Rezeki Ramadan.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meraikan anak-anak yatim yang tinggal di rumah tersebut dengan menyampaikan bantuan kepada seramai 41 orang anak-anak yatim yang berusia di antara lapan bulan sehingga 14 tahun.

“Program ini bertujuan untuk membantu pihak pengurusan rumah tersebut serta memastikan anak anak yatim tidak merasa terpinggir khususnya di bulan Ramadan ini.

“Anak-anak yatim merupakan golongan istimewa yang perlu disantuni bukan sahaja pada bulan Ramadan tetapi sebagai tanggungjawab kita yang berkemampuan untuk meneruskannya di setiap masa,” katanya.

Tambah beliau, program ini juga memupuk semangat sebuah Keluarga Malaysia yang saling bantu membantu khususnya untuk golongan memerlukan di bulan yang mulia ini.

Program Kongsi Rezeki Ramadan yang bermula pada 1 Ramadan lalu diadakan bagi menyantuni golongan asnaf serta mahasiswa institut pengajian tinggi termasuk mengagihkan 3,000 pek makanan berbuka puasa.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat