Nama Dan Jasa Najib Cuba ‘Dikafankan’ Secara Terancang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak mencoret satu bingkisan kata menggambarkan rasa hatinya yang sarat penganiayaan dan penindasan.

Bekas Perdana Menteri itu memberitahu suara beliau seolah-olah cuba dilenyapkan dengan terancang oleh pihak tertentu.

Menurut beliau jasa bakti sepanjang mengemudi negara juga sedang dipadam, mereka cuba membuatkan Najib diam dan pergi.

“Api, mereka cuba padamkannya. Walau apa cara sekali pun.

“Suara, mereka cuba senyapkannya. Walau apa cara sekali pun.

“Nama, mereka cuba pijak hingga lunyai. Walau apa cara sekali pun.

“Semangat, mereka cuba patahkannya. Walau apa cara sekali pun.

“Sejarah, mereka cuba kabur busuk-busukkannya. Walau apa cara sekali pun,” catat Najib di Facebooknya.

Kata Ahli Parlimen Pekan itu akhirnya, yang tinggal hanya mereka dan mereka.

“Fakta, tidak dapat mereka balas. Urus tadbir, tidak dapat mereka tandingi. Rakyat, tidak dapat mereka sayangi. Apa pun caranya.

“Mereka mahukan Najib Razak lenyap. Mereka mahukan Najib Razak diam. Mereka mahukan Najib Razak pergi. Di mata, di hati, di ingatan.

“Ya. Salah Najib kerana bersuara. Salah Najib kerana berjuang. Salah Najib kerana tak duduk diam-diam.

“Salah Najib, salah. Akhirnya, yang tinggal hanya mereka dan mereka.

“Itu pengakhiran yang mereka sekian lama rancang, yang mereka mahukan, yang mereka inginkan, yang mereka raikan,” beritahu Najib.

Dalam pada itu katanya sebagai orang Islam kita diajar ketika dizalimi, jangan doakan musibah buat penganiaya, pemfitnah.

“Kita hanya kekal dengan diri kita, ajaran kita. Bersabar dan tabah.

“Berdoa mohon yang terbaik untuk kita dan mereka yang kita sayangi.

“Ya Allah, Ya Tuhanku. Aku memohon kepada Mu Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku.

“Aku sedar, aku hanya hamba Mu, berserah kepada Mu Ya Allah. Lindungilah hambaMu yang lemah, yang kerdil ini.

“Ya Allah, selamatkanlah negara ini. Berkatilah rakyat agar sentiasa sihat sejahtera, kebajikan terus terbela, dan masa depan yang terjamin. Amin Ya Rabbil Alamin….

“Hanya Allah Mengetahui. Apa yang saya lalui,” kata Najib.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat